5 Aplikasi Smartphone Untuk Peniaga Kecil & Sederhana

5 Aplikasi Smartphone Untuk Peniaga Kecil & Sederhana

Smartphone kini bukan lagi sekadar sebuah alat perhubungan — ia kini telah menjadi sebahagian daripada komponen paling penting dalam menyelesaikan urusan seharian.

Sebagai seorang peniaga, anda juga perlu lebih memanfaatkan penggunaan smartphone anda supaya aktiviti-aktiviti berkaitan perniagaan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas.

Kami kumpulkan beberapa aplikasi smartphone khusus untuk golongan yang sibuk dan bergerak pantas seperti anda.

5. Dropbox

Aplikasi Dropbox merupakan aplikasi penyimpanan fail secara selamat di simpanan cloud. Melalui aplikasi smartphone ini, anda boleh menyimpan dan mengakses fail-fail anda melalui smartphone atau apa sahaja gajet yang anda gunakan.

Sesuai untuk anda yang mahu mengasingkan fail (nota, PDF, dokumen, gambar) bisnes daripada simpanan peribadi tanpa memakan ruang simpanan smartphone anda.

Fungsi Utama:

  • Simpanan fail-fail penting di server cloud
  • Mengelakkan fail hilang begitu sahaja
  • Jejak fail yang telah dipadam

Peranti: Android, iOS & laman web

Harga: Percuma untuk 2GB & USD9.99/sebulan untuk 1TB

4. Asana

Jika anda mahu merancang pelan pembangunan, jualan, pemasaran dan lain-lain secara berkumpulan — maka, Asana merupakan aplikasi yang sesuai untuk anda.

Anda boleh menggunakannya sebagai alat pengurusan projek yang berkesan.

Fungsi Utama:

  • Kolaborasi bersama ahli lain dengan mudah
  • Mengelakkan salah faham dalam hala tuju projek
  • Dateline dan masa direkodkan dengan jelas
  • Sistem pengurusan projek yang efektif

Peranti: Android, iOS & laman web

Harga: Freemium (percuma tetapi anda boleh melanggan pelan berbayar untuk kelebihan tambahan).

3. WaveApps

Bagi memudahkan proses perakaunan untuk bisnes anda, anda boleh gunakan WaveApps — sebuah aplikasi perakaunan yang anda boleh guna di mana-mana sahaja.

Aplikasi smartphone ini juga menawarkan beberapa fungsi lain seperti penghasilan invois, resit dan carta perbelanjaan.

Fungsi Utama:

  • Rekod perbelanjaan & pendapatan perniagaan dengan mudah
  • Penghasilan rekod perakaunan yang professional
  • Cipta invois, resit dan carta dengan mudah

Peranti: Android, iOS & laman web

Harga: Percuma

2. Expensify

Walaupun terdapat banyak aplikasi untuk menjejak perbelanjaan di luar sana, Expensify masih merupakan antara yang paling mudah digunakan.

Anda boleh memuat naik atau menagkap gambar resit anda dan aplikasi ini mampu membaca serta merekod butiran secara automatik.

Sangat sesuai jika anda mahu melakukan claim ke akaun syarikat.

Fungsi Utama:

  • Tangkap gambar atau muat naik resit
  • Membaca resit dan merekod secara automatik
  • Mampu mengira tukaran wang secara automatik
  • Menyusun jenis perbelanjaan dengan teratur

Peranti: Android, iOS & laman web

Harga: Freemium (percuma tetapi anda boleh melanggan pelan berbayar untuk kelebihan tambahan).

1. Ijual

Jika anda mahu menjual secara online — tetapi tidak mahir atau mempunyai bajet untuk mempunyai laman e-commerce sendiri — sudah tentu anda akan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram atau Mudah.

Tetapi, sukar untuk anda menerima pembayaran online, menguruskan inventori, merekodkan butiran pelanggan dan menjejak penghantaran.

Aplikasi ijual merupakan sebuah alat jualan online menyeluruh yang mampu membantu anda melakukan jualan dengan lebih efektif.

Anda masih boleh menjual melalui WhatsApp atau media sosial, cuma kini anda boleh menikmati fungsi e-commerce.

Pelanggan anda tidak perlu mendaftar atau melakukan apa-apa aktiviti tambahan. Hanya beri mereka link dari ijual untuk proses pembayaran.

Fungsi Utama:

  • Terima pembayaran secara online
  • Dapatkan notifikasi pembayaran
  • Tangkap gambar atau muat naik gambar produk secara mudah
  • Pengurusan inventori yang menyenangkan
  • Paparan analisa jualan dan pesanan
  • Muat turun data serta laporan jualan
  • Penghasilan & penghantaran resit secara automatik
  • Tetapan dan jejak penghantaran anda kepada pelanggan

Peranti: Android, iOS & laman web

Harga: Percuma

ijual WhatsApp

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Comments are closed.