5 Sebab Kenapa Anda Perlu Gunakan Aplikasi Ijual Untuk Berniaga

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Gunakan Aplikasi Ijual Untuk Berniaga

Jika anda sudah mengikuti perkembangan kami semenjak beberapa bulan yang lalu, pastinya anda telah tahu bahawa kami baru sahaja melancarkan ijual dalam versi aplikasi smartphone pada awal September lepas.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu gunakan aplikasi ijual dalam menguruskan urusan perniagaan online seharian anda.

Terutamanya jika anda sedang berniaga melalui Facebook, Instagram atau WhatsApp.

(Nota: Kami juga akan menyediakan tutorial khusus untuk setiap kelebihan atau fungsi yang dinyatakan di bawah.)

daftar ijual

Tiada Modal Permulaan Diperlukan

Untuk menggunakan aplikasi ijual, anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma. Ya, tanpa sebarang bayaran.

Malah, tiada yuran bulanan juga dikenakan kepada pengguna. Tidak seperti sistem pengurusan jualan online yang lain, anda boleh menggunakan kesemua fungsi-fungsi dalam ijual tanpa ada pelan premium atau kos tersembunyi.

Hanya transaksi apabila anda menggunakan sistem bayaran online akan dikenakan caj transaksi.

Iaitu sebanyak RM 1 untuk transaksi di bawah nilai RM 50 dan 2% untuk transaksi di atas nilai RM 50.

Terima Pembayaran Online Dengan Mudah

Jika anda mempunyai akaun bank perniagaan, anda boleh mula menerima pembayaran secara online melalui aplikasi ijual.

Melalui cara ini, pelanggan anda boleh membayar kepada anda secara online; tanpa perlu anda “copy-paste” cara pembayaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa anda perlu menyediakan kaedah pembayaran secara online, kami ada berkongsi mengenainya sebelum ini dalam sebuah artikel.

Kemaskini: Anda boleh rujuk cara-cara menetapkan pembayaran online melalui ijual di sini.

Analisis Serta Laporan Perniagaan Yang Professional

Untuk anda yang berniaga melalui Facebook, Instagram & apa sahaja jenis media sosial, memantau jualan dan menyediakan laporan berdasarkan rekod adalah sesuatu yang melecehkan.

Malah, beberapa pengguna ijual pun mengakui perkara ini di peringkat permulaan perniagaan mereka.

Dengan adanya ijual, anda bukan sahaja boleh membina database pelanggan, malah anda boleh melihat analisis jualan anda secara pantas melalui paparan dalam aplikasi ijual.

Untuk memuat turun laporan tersebut dalam bentuk PDF untuk tujuan audit, pinjaman bank dan lain-lain; anda boleh log masuk ke portal laman web ijual dan memuat turun dari situ.

Malah, anda juga boleh memuat turun database pelanggan anda dalam format Excel daripada portal laman web.

Mudahkan Proses Pembelian Untuk Pelanggan

Aplikasi ijual direka bukan sahaja untuk memudahkan anda sebagai peniaga, ia juga memudahkan pelanggan anda berurusan dengan anda.

Tidak perlu “copy-paste” cara pembayaran atau maklumat yang diperlukan.

Semuanya pelanggan anda boleh lakukan melalui satu link yang mempunyai borang pembelian dan pilihan pembayaran serta penghantaran.

Malah, pelanggan anda juga tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi mahupun mendaftar. Link yang dikongsi kepada mereka akan membawa pelanggan anda ke sebuah laman web untuk meneruskan pembelian.

Contoh langkah-langkah dan laman pembelian yang pelanggan anda lihat.

Selain itu, kami juga ada sediakan fungsi chatbot untuk anda pasang di FB Fan Page anda. Fungsi chatbot ini mampu membantu anda melayan pesanan walaupun anda tiada masa untuk membalas mesej yang anda terima.

Kekalkan Kaedah Yang Anda Sudah Gunakan Selama Ini

Ini bermakna, jika anda sudah berniaga melalui media sosial atau platform pengiklanan seperti Mudah.my, Carousell dan lain-lain, anda boleh mengekalkan kaedah jualan dan komunikasi seperti biasa.

Ijual bukan sebuah aplikasi pengiklanan atau platform baru untuk menjual. Sebaliknya, ijual merupakan fungsi tambahan kepada kaedah penjualan online sedia-ada yang memudahkan anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui emel atau PM kami di laman FB Page ijual.

ijual WhatsApp

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Comments are closed.