Author: Ahmad Zakwan

Seorang usahawan yang juga merupakan pengasas untuk beberapa startup serta laman web. Mempunyai pengalaman yang luas dalam memulakan syarikat startup dan strategi pemasaran online.
Apa Itu Google Analytics Dan Kenapa Ia Penting Untuk Bisnes Anda?

Apa Itu Google Analytics Dan Kenapa Ia Penting Untuk Bisnes Anda?

Saya terpanggil untuk menulis topik ini disebabkan beberapa reaksi yang saya terima apabila saya sebut mengenai Google Analytics:

“Google Analytics? Apa tu?”

“Oh, saya tau Google Analytics …  Cuma tak tahu nak track apa ….”

“Susah lah nak setting Google Analytics ni … Nak tengok trafik je pun ….”

Antara reaksi-reaksi yang sering saya dapat berkenaan dengan aplikasi ini. Jadi, saya harap mungkin selepas membaca penulisan saya ini, sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan mengenai aplikasi Google Analytics.

Nota:

 

  • Saya hanya cover basic knowledge mengenai Google Analytics. Jika ada permintaan, baru saya tulis kaedah yang lebih teknikal.

 

  • Google Analytics lebih sesuai kepada anda yang mempunyai laman web. Jika anda tiada kemahiran atau bajet untuk memulakan laman web, anda boleh dapatkan kedai online anda berserta analisis secara PERCUMA di sini.

 

ijual WhatsApp

Apa Itu Google Analytics?

Contoh dashboard GA

Google Analytics atau GA merupakan sebuah aplikasi penganalisa laman web (dan mobile apps) yang boleh dikatakan antara yang paling ‘power’ di dunia.

Selain dari free untuk digunakan — kecuali jika anda opt untuk pakej “Enterprise” yang anda boleh buat perbandingan di sini — GA memberi anda kemampuan menganalisa yang hampir menyeluruh untuk laman web anda.

Percayalah, tak perlu tahap Enterprise pun, GA sudah mampu melakukan pelbagai jenis analisa yang mencukupi.

Kenapa Kena Guna?

Free, menyeluruh, mudah di-customize dan pelbagai fungsi analisa.

Ini adalah antara sebab-sebab kenapa laman web anda perlu mengadaptasi aplikasi GA.

Lebih-lebih lagi, jika anda mahu menjana pendapatan dari laman web atau memiliki online store. Sebenarnya, data yang anda perlu awasi adalah lebih dari sekadar trafik sahaja.

Adalah lebih penting untuk mengetahui apa yang terjadi di atas laman web anda berbanding sekadar mengetahui dari mana atau berapa ramai yang datang.

Ibarat anda membuka kedai makan, anda mahu tahu reaksi pelanggan, menu mana yang mereka tatap lama-lama dan adakah mereka akan beli atau kembali.

Apa Fungsi-Fungsi Menarik?

Ini antara kebolehan atau fungsi GA yang boleh membantu kedai online atau laman web anda:

1. Paparan Data-Data Analisa Yang Penting

Dashboard GA akan memaparkan data-data yang kebiasaannya penting seperti Unique Visitors, Page Views dan lain-lain.

Tak cukup dengan itu, anda boleh customize apa yang anda mahu lihat di dashboard tanpa perlu ke pilihan yang tertentu.

2. Tahu Dari Mana Pelawat Datang

Anda boleh melihat dengan lebih teliti dari mana pelawat anda datang. Bukan sahaja dari segi lokasi secara geografi — anda juga boleh melihat link atau pautan yang membawa trafik ke laman anda.

3. Lihat Apa Yang Pelawat Anda Cari Di Laman Web

Jika anda melakukan tetapan untuk merekodkan apa yang dicari oleh pelawat/pelanggan di laman web anda, anda mampu melihat rekod ini.

Ini merupakan fungsi yang sangat menguntungkan jika anda mempunyai banyak jenis produk yang ditawarkan.

4. Ketahui Prestasi Setiap Halaman Di Laman Web

Anda boleh melihat artikel atau post mana yang mempunyai kadar pelawat tinggi/rendah sebagai contoh.

Dari sini, anda boleh mendapatkan gambaran kasar mengenai topik yang digemari oleh pembaca anda.

5. Bezakan Samada Laman Web Anda E-Commerce Atau Bukan

Tetapan tertentu di GA juga mampu membuatkannya mengenali samada laman web anda menawarkan konsep e-commerce atau tidak.

Jika anda merupakan sebuah laman web e-commerce; GA akan memberi lebih tumpuan kepada data-data yang berkaitan dengan penjualan secara online.

 

6. Analisa Prestasi Penjualan Di Atas Laman Web

Anda boleh mencipta conversion funnels sendiri dan menilai langkah atau halaman mana yang mempunyai rate of abandonment paling tinggi.

Antara contoh sales/conversion funnel yang anda boleh lakukan menggunakan GA.

7. Sync Dengan Pelbagai Jenis Plugins Lain

Jika anda menggunakan laman WordPress dan plugin WooCommerce untuk menjual di kedai online anda, anda boleh dapatkan plugin sesuai dengan GA.

Kesimpulan

Di atas hanyalah sebahagian dari kemampuan GA — dan lebih banyak lagi fungsi yang boleh anda utilize untuk meningkat prestasi laman web atau kedai online anda.

Jika anda mahu tahu kaedah memasang GA atau menetapkan fungsi-fungsi yang dimahukan, komen YA dan InsyaAllah saya akan tulis dalam artikel yang akan datang.


(Nota Editor: Artikel ini pertama kali diterbitkan di laman KuDagang oleh penulis yang sama)

Seorang usahawan yang juga merupakan pengasas untuk beberapa startup serta laman web.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam memulakan syarikat startup dan strategi pemasaran online.

4 Sebab Kenapa Perniagaan Anda Perlu Terima Pembayaran Online

4 Sebab Kenapa Perniagaan Anda Perlu Terima Pembayaran Online

Saya percaya, ramai yang tahu mengenai kelebihan konsep e-commerce atau penjualan secara online.

Apabila disebut mengenai perniagaan secara online di kalangan peniaga mikro, kecil & sederhana; saya percaya ramai yang sudah atau menyangka bahawa mereka telah mengadaptasi penjualan secara online.

Mengapa saya sebut “menyangka”?

Ini kerana apabila ditanya mengenai penjualan secara online kepada sesetengah peniaga, jawapan lazim yang saya akan terima adalah:

“Ya, kerana saya senaraikan atau iklankan produk/servis saya melalui Mudah, Facebook, Instagram atau WhatsApp.”

Tetapi, jika saya tambah soalan saya dengan bagaimana anda menerima bayaran — sebahagian besar akan menjawab yang mereka menggunakan kaedah seperti deposit wang ke mesin CDM, pindahan wang melalui perbankan online atau COD (Cash on Delivery).

Benarkah E-Commerce Atau E-Dagang Itu Memudahkan?

Okay, ini bukanlah perkara yang salah. Namun, ada sedikit pembetulan konsep yang boleh dilakukan di sini.

Platform-platform seperti Mudah dan media sosial adalah lebih tepat jika kita kategorikan sebagai “channel” atau saluran untuk mendapatkan jualan.

Namun, untuk benar-benar menikmati kelebihan dan kesenangan konsep e-commerce atau e-dagang, anda perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan hampir sebahagian besar proses penjualan dan pembelian menjadi automatik.

Antara langkah yang anda boleh ambil untuk mengautomatikkan proses penjualan serta pembelian adalah dengan membenarkan perniagaan anda menerima pembayaran online.

Kenapa Pembayaran Online?

Dalam artikel ini, saya ingin mengupas secara ringkas mengenai beberapa sebab kenapa perniagaan anda (walaupun melalui WhatsApp) perlu mengadaptasi pembayaran online:

1. Tiada Lagi Kekangan Masa Dalam Penerimaan Pelanggan

Antara kelebihan perniagaan online berbanding perniagaan nyata sepatutnya adalah pesanan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Jika anda masih mengamalkan kaedah pembayaran yang memerlukan arahan diberikan kepada pelanggan, apa akan terjadi jika ada pelanggan yang mahu membeli ketika anda sedang tidur atau sibuk?

Elakkan daripada kehilangan pelanggan.

Melalui sistem pembayaran online, pelanggan anda boleh membayar pada bila-bila masa dan anda hanya perlu memenuhi pesanan tersebut sewaktu anda sudah bangun atau mempunyai masa.

2. Merangsang Keputusan Bakal Pelanggan Untuk Membuat Pembelian

Statistik pada tahun 2017 menunjukkan bahawa 54% daripada pelanggan online lebih gemar membuat pembayaran online manakala 33% lebih gemar menggunakan kad debit/kredit berbanding COD (12%) dan deposit dahulu (1%).

Dengan memberikan pilihan pembayaran yang lebih banyak, anda boleh menggalakkan bakal pelanggan untuk membuat pembelian — lebih-lebih lagi jika kaedah pembayaran yang ditawarkan ‘kena’ dengan mereka.

3. Jejak Transaksi Dengan Lebih Efektif

Kebanyakan sistem pembayaran online menawarkan servis laporan dan dokumentasi untuk setiap transaksi.

Malah, ada juga yang memberi rumusan dalam bentuk carta grafik yang memudahkan.

Melalui cara ini, anda tidak perlu risau untuk menyemak kembali aliran tunai dan transaksi anda.

4. Statistik Pembelian Secara Online Semakin Meningkat

Banyak laporan-laporan yang menunjukkan bahawa pembelian secara online semakin meningkat pada saban hari.

Malah, pada tahun 2017, dilaporkan bahawa 7% daripada golongan pelanggan online membeli-belah pada setiap hari; 26% pada setiap 1 minggu; dan 54% pada setiap 1 bulan.

ijual WhatsApp

Jangan Takut Dengan Perubahan

Ingat, konsep e-commerce atau e-dagang itu sebenarnya mudah dan memudahkan.

Jadi, jangan hadkan prestasi perniagaan anda hanya disebabkan anda tidak mahir untuk memasang sistem pembayaran online atau anda risau mengenai kos yang dikenakan oleh sesetengah penyedia perkhidmatan ini.

Jika anda risau mengenai kedua-dua perkara di atas, saya sarankan anda menggunakan aplikasi atau platform-platform percuma seperti ijual untuk membantu anda.


Sumber:

1. Malaysia – eCommerce. (n.d.). Retrieved September 14, 2017, from https://www.export.gov/apex/article2?id=Malaysia-E-Commerce

2. Malaysians are online shopaholics. (n.d.). Retrieved September 15, 2017, from http://www.thesundaily.my/news/2151542

3. F., Yau, P. T., Chapree, C., Bass, T., Cheng, A., Lau, L., & Song, H. (2017, April 12). Statistics Reveal That Malaysians Are Spending More Than Ever On Online Stores. Retrieved September 15, 2017, from https://www.lowyat.net/2017/129143/statistics-reveal-malaysians-spending-ever-online-stores/

Seorang usahawan yang juga merupakan pengasas untuk beberapa startup serta laman web.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam memulakan syarikat startup dan strategi pemasaran online.