Anda Usahawan? Perlukan Bantuan Dana? Senarai Ini Boleh Bantu Anda

Anda Usahawan? Perlukan Bantuan Dana? Senarai Ini Boleh Bantu Anda

Setiap perniagaan mempunyai kitaran & peringkat yang tersendiri; dari peringkat awal sehingga ke peringkat tumbesaran, seterusnya ke peringkat matang — dan di setiap peringkat ada sejumlah perbelanjaan modal yang perlu dilaksanakan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh dikatakan agak bertuah kerana bantuan dana untuk perniagaan tidak terhad kepada pinjaman dari bank semata-mata.

Ini kerana pihak kerajaan juga menyediakan pelbagai jenis bantuan dana dalam bentuk geran atau pinjaman, serta tunjuk ajar untuk peniaga atau usahawan dari pelbagai jenis industri & peringkat perniagaan.

Tidak kira samada anda berniaga secara solo; baru sahaja mempunyai idea yang bernas; atau mahu meluaskan sayap perniagaan anda ke peringkat global, anda boleh cuba mohon bantuan dana usahawan dari mana-mana program yang dianjurkan kerajaan seperti yang telah di-compile-kan di bawah:

Bantuan Dana Usahawan Dalam Bentuk Geran Atau Pinjaman

1. TEKUN

Menawarkan skim-skim pembiayaan perniagaan yang merangkumi skop yang agak luas dari RM 10,000 sehingga RM 100,000. Mempunyai skim khas untuk wanita, komuniti kaum India dan lain-lain.

Layari laman web TEKUN di sini.

2. PROSPER

Sebuah skim pinjaman sehingga RM 100,000 untuk golongan muda Bumiputera dalam pelbagai jenis bidang termasuk fotokopi, automotif & aksesori pakaian.

Layari laman web PROSPER di sini.

3. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Merupakan sebuah organisasi yang menawarkan skim-skim pembiayaan untuk pelbagai peringkat termasuk PROSPER seperti yang dinyatakan di atas. Juga menawarkan skim pembiyaan untuk peruncit & pemborong.

Layari laman web PUNB di sini.

4. SUPERB

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera yang di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menawarkan geran (tanpa bayaran balik) bernilai RM 500,000.

Khusus untuk golongan muda Bumiputera sahaja.

Layari laman web SUPERB di sini.

5. TERAS

Juga merupakan program bantuan dana di bawah TERAJU. Menawarkan geran sehingga jutaan ringgit kepada syarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi.

Layari laman web TERAS di sini.

6. TUKAR

Sebuah program naik taraf kedai runcit di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Layari laman web TUKAR di sini.

7. Dana Mudahcara

Dana berbentuk geran yang juga di bawah kelolaan TERAJU ini disediakan untuk inisiatif pelaburan swasta bagi menampung 15% dari kos keseluruhan komponen infrastruktur dan peralatan.

Nilai minima untuk projek yang layak memohon adalah RM 500,000 dan had maksima dana adalah RM 30 juta.

Layari laman web Dana Mudahcara di sini.

daftar ijual

8. Skim Pembiayaan MARA

Skim pinjaman yang disediakan oleh MARA ini merangkumi pinjaman untuk pelbagai golongan. Ia juga memberi beberapa kelonggaran seperti pengecualian daripada cagaran dan lain-lain.

Layari laman web MARA di sini.

9. Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia

Ini merupakan bantuan dana kepada peniaga kecil-kecilan yang juga memberi keutamaan kepada kaum bukan Bumiputera. Bantuan dana yang disediakan berbentuk mikro kredit.

Layari laman web YPPKM di sini.

10. Geran Khas Pelajar IPT (SSM)

Melalui geran ini, mana-mana pelajar IPT yang ingin mendaftar perniagaan samada milikan tunggal atau perkongsian, dikecualikan daripada membayar fi serta caj pendaftaran.

Layari laman web SSM di sini.

11. MyCreative Ventures

Sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu usahawan dari bidang kreatif & seni. Bantuan dana yang disediakan berbentuk pinjaman atau pelaburan ekuiti sehingga RM 5 juta ringgit.

Layari laman web MyCreative Ventures di sini.

12. Dana Pembangunan Halal

Dana Pembangunan Halal ini disasarkan kepada pengusaha industri halal dan usahawan Bumiputera yang mempunyai potensi besar untuk menembusi dan mengembangkan eskport mereka ke pasaran halal global.

Ia merupakan sebuah inisiatif pembiayaan yang disediakan oleh TERAJU.

Layari laman web dana ini di sini.

13. Skim Pembangunan Francais

Ini merupakan skim pembiayaan untuk menaik-taraf premis perniagaan serta francais anda di bawah kelolaan KPDNKK serta Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Layari laman web KPDNKK di sini.

Layari laman web PNS di sini.

14. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Sebuah skim pembiayaan untuk golongan berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,855. Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Layari laman web AIM di sini.

15. Pembiayaan Mikro-I MPPK

Sebuah program pembiyaan sehingga RM 3,000 untuk penjaja dan peniaga kecil. Ia diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat.

Apa yang menarik mengenai program pembiyaan ini, ia tidak memerlukan penjamin, tiada kadar keuntungan, tiada bayaran proses & tiada cagaran.

Layari laman web Mikro-I MPPK di sini.

(Nota: Pastikan anda telah meneliti kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh setiap jenis dana bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.)

Bantuan Pembangunan Keusahawanan (Bukan Dana)

Jika anda lebih memerlukan latihan kemahiran atau sumber maklumat, berikut adalah beberapa inisiatif percuma oleh kerajaan:

1. eUsahawan

Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Anda berpeluang mempelajari kaedah dan teknik penjualan online secara percuma.

Layari laman web eUsahawan di sini.

2. BISNEST

Sebuah portal untuk anda mencari dan mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan, perkhidmatan perniagaan, premis serta perlesenan yang disediakan oleh kerajaan.

Layari laman web BISNEST di sini.

3. 1AZAM

Sebuah program peningkatan pendapatan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Layari laman web 1AZAM di sini.

ijual WhatsApp


Sumber:

1. Friends of BN – Barisan Nasional. (n.d.). Retrieved September 07, 2017, from https://www.facebook.com/frensofbn/photos/a.10150838414749998.412748.129843674997/10155208369159998/?type=3

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone! To contribute your articles, drop us an email at: [email protected] Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda! Hantar artikel anda ke: [email protected]
Comments are closed.