3 Perkara Yang Peniaga Atau Bisnes Baru Perlu Ada Untuk Terus Hidup

3 Perkara Yang Peniaga Atau Bisnes Baru Perlu Ada Untuk Terus Hidup

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), lebih daripada 50% bisnes baru dari kategori SME gagal dalam lima tahun pertama. Manakala lebih daripada 20% gagal dalam tahun pertama.

Statistik tersebut mungkin mengejutkan, tetapi jangan khuatir – walaupun terdapat banyak ruang untuk kegagalan, terdapat juga lebih banyak peluang untuk kejayaan.

Setiap bisnes baru, tidak kira besar atau kecil memerlukan asas perniagaan yang kukuh untuk berjaya. Di bawah adalah tiga komponen yang paling penting untuk keperluan peniaga atau bisnes baru:

daftar ijual

1. Rangkaian Sokongan Yang Kuat

Untuk usahawan dan pengasas baru, rangkaian sokongan yang kuat adalah jauh lebih baik daripada kemahiran mengenai produk atau kewangan.

Ciri tunggal yang dikongsi oleh semua usahawan atau peniaga berjaya ialah keupayaan mencipta rangkaian kenalan bisnes yang sangat rapat.

Atau dalam bahasa lebih santai: “network”.

Rangkaian kenalan yang kuat adalah kunci samada bisnes anda mampu hidup atau tidak.

Ini kerana ia boleh menghubungkan anda dengan bakat yang berpotensi, pakar industri, dan peluang bisnes baru atau sedia ada yang anda mungkin tidak sedari.

Rangkaian sokongan yang kuat juga boleh menjadi sumber motivasi dan sokongan semasa memulakan dan membangunkan bisnes baru yang penuh dengan kesukaran dan cabaran.

2. Produk Yang Pelanggan Anda Mahu

Sebelum mula memilih produk untuk dijual, anda harus tanya diri anda, “Produk apakah yang diperlukan oleh orang ramai”?

Untuk menjawab soalan ini, anda mesti menjalankan aktiviti penyelidikan sebelum memulakan bisnes baru anda.

Ketika itu, 50% daripada masa anda harus dihabiskan dengan membina ataupun mencari produk yang dimahukan pelanggan dan 50% berikutnya mesti difokuskan kepada aktiviti pemasaran dan sales.

Antara teknik yang boleh digunakan adalah melakukan survey Facebook di kalangan pengguna sasaran anda untuk memahami isu-isu atau masalah yang mereka hadapi setiap hari.

Masa dan wang dapat dijimatkan jika idea atau produk anda diuji terlebih dahulu sebelum dilancarkan kepada pasaran.

3. Taktik Pemasaran Yang Berbeza

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan baru ialah bergantung kepada satu taktik pemasaran sahaja tanpa menguji taktik atau cara yang lain.

Contohnya, debat klasik ‘pemasaran online vs offline’ sepatutnya tidak harus berlaku. Ini kerana untuk bisnes baru, anda perlu melakukan kedua-duanya dahulu untuk mengetahui yang mana lebih efektif dan sesuai untuk bisnes anda.

Bagi sesetengah bisnes, taktik offline seperti melekat poster atau flyer mungkin lebih berkesan berbanding taktik online seperti ads Facebook atau Google.

Paling penting ialah teknik online dan offline ini mesti dilancarkan pada masa yang sama. Ini penting untuk mengetahui keberkesanan di antara satu saluran berbanding dengan yang lain.

Erik Gan’s experience includes working for venture capital and e-commerce companies in the fields of corporate strategy, business development and digital marketing.

He loves ideating and validating new business ideas and customizing them for local markets. He is a big geek outside of work and loves anything science fiction be it books or movies.

Comments are closed.