Category: News / Berita

WhatsApp Business kini boleh dimuat turun di Malaysia!

WhatsApp Business kini boleh dimuat turun di Malaysia!

Kalau anda masih ingat, sebelum ini kami ada berkongsi mengenai fungsi bisnes yang akan diperkenalkan oleh WhatsApp.

Dan akhirnya kini, WhatsApp Business secara rasminya boleh dimuat turun di Malaysia.

Aplikasi tersebut, yang pada asalnya hanya boleh didapati di Mexico, Indonesia, Italy, US dan UK, kini boleh didapati di Google Play Store bermula pada petang Rabu yang lalu (30 Februari 2018).

WhatsApp telah melancarkan aplikasi bisnes ini dengan tujuan untuk membantu para peniaga supaya dapat berinteraksi bersama pelanggan dengan lebih mudah.

ijual WhatsApp

WhatsApp Business Hanya Untuk Android?

Buat masa ini, aplikasi WhatsApp Business hanya disediakan untuk pengguna android sahaja.

Sekali pandang, aplikasi WhatsApp Business kelihatan hampir serupa dengan aplikasi WhatsApp biasa.

Jadi apa yang membuat WhatsApp Business unik?

Sebenarnya, ia lebih kepada fungsi-fungsi yang boleh dikatakan sebagai lebih mesra untuk para peniaga.

Pilihan Fungsi Dalam WhatsApp Business

Melalui “Profile” anda boleh menyediakan butiran perniagaan seperti imej, lokasi, kategori perniagaan, emel dan waktu beroperasi.

Anda juga boleh menandakan lokasi perniagaan anda pada Google Maps untuk memudahkan pelanggan menjejaki anda.

Paling menarik adalah fungsi-fungsi pada “Messaging Tools” yang merupakan fungsi pintar bagi membolehkan perbualan anda untuk berjalan dengan lancar.

Anda boleh menetapkan Away Message (jika bisnes anda tidak beroperasi), Greeting Message (mesej bagi menyambut pelanggan yang baru memulakan komunikasi dengan anda) dan Quick Replies (template balasan pantas bagi memudahkan anda menjawab mesej daripada pelanggan).

Antara maklumat tambahan mengenai aplikasi ini ialah ia dan WhatsApp peribadi anda boleh digunakan pada smartphone yang sama, dengan nombor yang berbeza.

Aplikasi ini juga boleh digunakan dengan talian pejabat/rumah atau landline.

Adakah ijual Masih Diperlukan Jika WhatsApp Business Sudah Wujud?

Walaupun aplikasi ini membolehkan peniaga untuk berinteraksi dengan lebih mudah bersama pelanggan, namun aplikasi tersebut tidak mempunyai payment gateway untuk pembayaran.

Selepas anda berinteraksi dengan pelanggan, anda boleh kongsi pautan produk melalui ijual.

Urusan pesanan, penerimaan bayaran dan penghantaran barangan kepada pelanggan boleh dilakukan terus dari smartphone menggunakan ijual.

daftar ijual

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Instagram Memperkenalkan Fungsi Undian, “Poll” Dalam Instagram Stories

Instagram Memperkenalkan Fungsi Undian, “Poll” Dalam Instagram Stories

Dalam usaha meningkatkan lagi pengalaman pengguna, laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram memperkenalkan fungsi undian atau “Poll”.

Fungsi kecil ini boleh digunakan dalam salah satu daripada fungsi utama Instagram iaitu Instagram Stories.

Melalui fungsi undian ini, anda boleh memuat-naik Instagram Stories anda sambil menanyakan pendapat kepada followers anda.

Fungsi Undian Real-Time

Menurut blog rasmi untuk Instagram, selepas memuat naik foto atau video dalam story, anda boleh memilih sticker “poll”.

Ia boleh diletakkan pada mana-mana bahagian foto atau video — dan anda boleh mengubahsuai teks serta paparan undian anda.

Selepas anda berkongsi story anda dengan followers, mereka boleh terus melakukan undian dan anda boleh melihat paparan keputusan secara real-time.

Dan seperti mana-mana perkongsian dalam Instagram Stories, ia akan dipadam selepas tempoh 24 jam.

Fungsi kecil terbaru daripada media sosial ini sangat menarik.

Ia bukan sahaja menarik untuk tujuan peribadi. Malah sebagai peniaga, anda boleh melakukan survey pantas dan berinteraksi dengan lebih ceria bersama audiens anda.

ijual WhatsApp


Sumber:

1. Instagram Blog. (2017, October 03). Introducing Polls in Instagram Stories. Retrieved October 04, 2017, from http://blog.instagram.com/post/166007640367/171003-polling-sticker

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Kini, IKEA Juga Mahu Mula Menjual Secara Online Kepada Pelanggan

Kini, IKEA Juga Mahu Mula Menjual Secara Online Kepada Pelanggan

IKEA merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi kepada rata-rata rakyat Malaysia.

Antara konsep jenama ini yang paling dikenali di kalangan rakyat Malaysia adalah memberi pengalaman membeli yang unik kepada pelanggan.

Ia dilakukan dengan menyediakan gudang besar di mana pelanggan boleh berjalan-jalan; sambil melihat dan memilih perabot serta peralatan yang dijual di gudang mereka.

Namun, melihatkan kepada prospek penjualan secara online, gergasi perabot tersebut tidak mahu ketinggalan dan ingin menawarkan platform pembelian secara online.

Platform Online IKEA Mula Di Singapura, Kemudian Di Malaysia

Pengarah Urusan Asia Tenggara IKEA Christian Rojkjaer menyebut mengenai platform pembelian secara online yang bakal dilancarkan dalam masa 2 minggu lagi di Singapura.

“Selepas Singapura, kami bercadang untuk melancarkan platform e-commerce kami di Malaysia pada tahun depan”, tambah beliau sewaktu menghadiri majlis pecah tanah untuk kedai IKEA yang terbaru di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Ini merupakan satu perkara yang menarik untuk disaksikan. Ini kerana syarikat gergasi perabot ini sudah sekian lama membina jenama melalui kaedah konvensional dan bukannya secara online.

Anda sebagai seorang peniaga juga sepatutnya mendapat inspirasi untuk mula menjual produk anda dan menerima pembayaran secara online.

Jika anda mahu mula menjual online tetapi tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk sistem e-commerce sendiri, sila gunakan aplikasi ijual untuk bermula sekarang.

ijual WhatsApp


Sumber:

1. Tan, D. (2017, September 13). Online Ikea shopping experience for Malaysians by next year. Retrieved September 13, 2017, from http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/13/online-ikea-shopping-experience-for-malaysians-by-next-year/

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

WhatsApp Bakal Lancarkan Fungsi-Fungsi Khas Untuk Perniagaan

WhatsApp Bakal Lancarkan Fungsi-Fungsi Khas Untuk Perniagaan

WhatsApp merupakan antara aplikasi yang paling popular di dunia. Saban hari, anggaran 1 billion pengguna menggunakan aplikasi chat ini untuk pelbagai tujuan komunikasi.

Semenjak pengenalan aplikasi pada tahun 2010, ia telah mengubah cara manusia di serata dunia berkomunikasi di antara satu sama lain.

Kini, aplikasi WhatsApp telah menjadi lebih dari sekadar pengganti kepada sistem teks tradisional pada telefon bimbit — ia juga telah menjadi alat penting bagi perniagaan.

Di seluruh dunia, termasuk Malaysia, aplikasi ini digunakan secara meluas oleh para peniaga mikro, kecil & sederhana dalam urusan seharian.

Aktiviti-aktiviti seperti pertanyaan mengenai harga atau produk, membuat pesanan dan lain-lain telah menjadi lebih mudah & pantas melalui aplikasi ini.

ijual WhatsApp

WhatsApp Peka Kepada Keperluan Pengguna

Sebagai sebuah aplikasi komunikasi yang sangat mementingkan pengalaman penggunaan di kalangan pengguna mereka, pembangun aplikasi ini sedar mengenai kepentingan WhatsApp dalam urusan perniagaan.

Pengasas, Jan Koum (kiri) & Brian Acton (kanan).

Menurut keterangan rasmi daripada laman web syarikat pembangun aplikasi tersebut, mereka telah mengkaji beberapa isu yang dihadapi oleh hampir sejumlah besar peniaga serta pelanggan.

Contohnya, bagaimana mahu menguruskan ratusan mesej dengan lebih teratur atau bagaimana hendak membuktikan bahawa pesanan yang diterima merupakan pesanan yang betul dan bukan palsu.

Oleh itu, dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, mereka (pembangun aplikasi) akan memperkenalkan fungsi-fungsi khas untuk perniagaan seperti lencana pengesahan perniagaan.

Jika anda berminat untuk menyumbangkan idea serta pendapat anda ke pihak WhatsApp, anda boleh isi borang survey di sini.

Fakta Menarik Mengenai WhatsApp

  • Pengasas aplikasi ini, Jan Koum sangat miskin sehingga terpaksa bergantung kepada kupon makanan daripada kerajaan. Kini, kekayaan beliau dianggarkan bernilai RM 41 billion.

 

  • Di meja pengasas aplikasi ini, terdapat sehelai nota bertulis “No Ads, No Games, No Bullsh*t”.

 

  • Sewaktu menandatangani perjanjian pembelian aplikasi ini oleh Facebook yang dianggarkan bernilai RM 80 billion, Jan Koum melakukannya di pusat kebajikan tempat beliau pernah mengutip kupon makanan.

 

  • WhatsApp tidak pernah membayar untuk pengiklanan atau pemasaran. Kesemua pengguna didapati melalui kaedah perkongsian serta buah mulut pengguna.

 

ijual WhatsApp


Sumber:

1. Building for People, and Now Businesses. (n.d.). Retrieved September 06, 2017, from https://blog.whatsapp.com/10000633/Building-for-People-and-Now-Businesses

2. How Wales’ richest man will make millions from Facebook’s £11 BILLION purchase of WhatsApp. (2014, February 20). Retrieved September 07, 2017, from http://www.dailymail.co.uk/news/article-2564047/How-Wales-richest-man-make-millions-Facebooks-11-BILLION-purchase-WhatsApp.html

3. Staff, E. (2014, February 20). 10 Cool Facts About WhatsApp Founder Jan Koum. Retrieved September 07, 2017, from https://nextshark.com/10-cool-facts-about-whatsapp-founder-jan-koum/

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Demi Susu Murah, Syarikat Danone Hantar 5,000 Ekor Lembu Ke Siberia

Demi Susu Murah, Syarikat Danone Hantar 5,000 Ekor Lembu Ke Siberia

Sekatan ke atas pengimportan keju dari Kesatuan Eropah (EU) untuk masuk ke Rusia oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin telah membuatkan harga susu di negara itu melonjak naik.

Ini menyebabkan syarikat Danone (yang terkenal dengan pembuatan yogurt), menghantar 5,000 ekor lembu ke daerah Siberia. Lembu-lembu itu ditempatkan dalam sebuah ladang bagi memastikan bekalan tidak terputus.

Lembu baka Holstein menempuh perjalanan sejauh 4,500 kilometer di atas lori-lori dari negara Holland dan Jerman bagi memastikan Danone mendapat susu murah.

Ini kerana semenjak sekatan itu, harga susu di Rusia telah melonjak naik sebanyak 14%.

Langkah Drastik Demi Melindungi Kewangan Syarikat

Menurut Ketua Danone Rusia, Charlie Cappetti, harga susu telah meningkat naik dengan kadar yang konsisten. Ini telah memberi tekanan kepada produk-produk berasaskan tenusu seperti yogurt.

Lembu-lembu yang ditempatkan di ladang Danone, Siberia.

Syarikat produk tenusu dari negara Perancis itu kebiasaannya tidak membuat pelaburan dalam sektor agrikultur.

Namun, persaingan dengan jenama tempatan di Rusia yang jauh lebih murah telah mempengaruhi Danone dalam keputusan tersebut.

Biarpun tindakan ini dapat mengurangkan risiko kewangan untuk Danone, mereka tidak menjangkan bahawa krisis ekonomi di Rusia akan berakhir dalam masa yang tedekat.

daftar ijual


Sumber:

1. Khrennikov, I. (2017, August 27). Danone Sends 5,000 Cows to Siberia in Quest for Cheaper Milk. Retrieved August 28, 2017, from https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-08-27/danone-sends-5-000-cows-to-siberia-in-quest-for-cheaper-milk

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Peranti Android Versi Seterusnya Dinamakan OREO

Peranti Android Versi Seterusnya Dinamakan OREO

Kemaskini terbaru untuk peranti Android yang dibangunkan oleh Google telah diumumkan kepada umum.

Gergasi Internet & teknologi itu meneruskan tradisi penamaan Android berdasarkan nama manisan dan versi Android terbaru ini diberi nama Oreo.

Google akhirnya mengumumkan nama timangan rasmi tersebut setelah berbulan-bulan lamanya menggunakan nama “Android O”.

daftar ijual

Oreo bakal memperkenalkan fungsi-fungsi baru seperti keupayaan untuk memberi respons terus pada notifikasi dan mengakses aplikasi tanpa perlu di-install pada smartphone anda.

Peranti percuma ini dijadualkan bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan Oktober ini, dijangkakan selari dengan pelancaran versi terbaru untuk smartphone keluaran Google, Pixel.

Antara nama-nama timangan Android versi terdahulu termasuk Nougat, Marshmallow, dan Lollipop.

Bukan Pertama Kali Guna Nama Jenama Makanan

Google dan syarikat Mondelez, pengeluar biskut jenama Oreo, merasakan bahawa perjanjian penggunaan nama jenama Oreo lebih kepada kerjasama rakan kongsi dan bukannya penajaan kerana tiada transaksi wang yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Namun, ini bukanlah kali pertama Google ‘meminjam’ nama dari jenama lain. Pada tahun 2013, versi Android ketika itu diberi nama Kit-Kat.

Berbanding dengan Google, Apple tidak memberi nama kepada peranti iOS untuk iPhone. Cuma, syarikat Apple hanya memberi nama kepada peranti komputer Mac mereka berdasarkan nama keluarga kucing serta lokasi-lokasi ikonik di California, AS.

Android merupakan peranti smartphone yang digunakan secara meluas dan mempunyai pengguna paling ramai di dunia.

Ia menyokong pelbagai jenis aplikasi untuk pelbagai tujuan, termasuk aplikasi jualan online, Ijual yang bakal dilancarkan pada awal September 2017.


Sumber:

1. A. (2017, August 21). Google to Serve Next Version of Android as ‘Oreo’. Retrieved August 21, 2017, from https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-08-21/google-to-serve-next-version-of-android-as-oreo

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Langkawi Kini Merupakan Pulau Ekonomi Digital Yang Pertama Di Malaysia

Langkawi Kini Merupakan Pulau Ekonomi Digital Yang Pertama Di Malaysia

Seiring dengan visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menerapkan ekonomi digital menjelang 2050, sebuah inisiatif yang dinamakan Karnival Digital Langkawi 2017 telah dilancarkan pada 19 Ogros 2017.

Digital Langkawi merupakan sebuah platform yang memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi digital di langkawi.

Sebanyak RM 200 juta akan diperuntukkan untuk membolehkan Langkawi menerima penaiktarafan dua kabel dasar laut bagi tujuan meningkatkan prestasi perhubungan di pulau tersebut.

daftar ijual

Inisiatif ini turut melibatkan pembinaan 10 menara telekomunikasi baharu dan perhubungan 47 menara telekomunikasi melalui Kabel gentian fiber sepanjang 152 kilometer di seluruh Langkawi.

Menerusi inisiatif ini, kelajuan dan liputan selain penyediaan liputan rangkaian 4G LTE ditingkatkan di Langkawi yang mempunyai kemudahan 99% liputan 2G, 95% liputan 3G.

Karnival Digital Langkawi 2017 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Langkawi Pulau Pembayaran Tanpa Tunai

Di karnival ini, Perdana Menteri berkesempatan merasmikan beberapa inisiatif bagi pembayaran tanpa tunai (cashless payment) untuk pusat perlancongan dan sekolah-sekolah di Pulau Langkawi.

Beliau juga sempat mencuba beberapa aplikasi e-dompet seperti VCash yang dibangunkan oleh Digi-X.

Karnival ini turut menyaksikan beberapa syarikat start-up dan aplikasi inovatif diberi peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka.

Tim Ijual juga diberikan kesempatan untuk memperkenal serta mengumumkan tarikh pelancaran aplikasi smartphone Ijual.


Sumber:

1. Najib launches Langkawi Digital Carnival 2017. (2017, August 19). Retrieved August 20, 2017, from http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-launches-langkawi-digital-carnival-2017#tL5wqUCbKq4wD8wz.97

2. Abdullah, J. (n.d.). Perdana Menteri lancar Digital Langkawi. Retrieved August 20, 2017, from https://www.utusan.com.my/mobile/berita/nasional/perdana-menteri-lancar-digital-langkawi-1.516637

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Alibaba Kini Hampir Menakluk Pasaran Dunia & Mengalahkan Amazon

Alibaba Kini Hampir Menakluk Pasaran Dunia & Mengalahkan Amazon

Pertempuran untuk menjadi syarikat e-commerce yang paling besar di dunia antara dua gergasi, Alibaba dan Amazon semakin dekat.

Modal pasaran Alibaba telah meningkat selepas mesyuarat persidangan para pelabur pada 8 Jun di mana mereka menjangkakan perkembangan pendapatan dari 45 hingga 49 peratus bagi tahun berakhir bulan Mac.

Sejak itu, modal pasaran untuk syarikat paling bernilai di negara China telah mencapai 87 peratus nilai Amazon berbanding 65 peratus dahulu.

Ketika artikel ini ditulis, nilai Amazon adalah USD 474 bilion (RM2.03 trilion) manakala nilai Alibaba adalah USD 393 bilion (RM1.69 trilion).

Alibaba Mahu Kalahkan Amazon Secara Muktamad

Amazon merupakan syarikat paling berharga ke-5 di dunia.

Minggu lepas, pemegang saham terbesar dan pengasas Amazon, Jeff Bezos telah menjadi orang terkaya di dunia (dan mengalahkan Bill Gates) untuk sehari apabila nilai saham Amazon meningkat naik.

Melihat perkembangan Alibaba yang pesat di rantau ini, Amazon juga sedang merancang untuk memasuki Asia Tenggara dan sudah bermula di negara Singapura.

Adakah kita bakal melihat pemenang muktamad di antara dua gergasi e-commerce ini?


Sumber:

1. Kochkodin, B., & Xu, G. (2017, August 16). Alibaba Is Closing In on Amazon’s Market Capitalization: Chart. Retrieved August 17, 2017, from https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-08-16/alibaba-is-closing-in-on-amazon-s-market-capitalization-chart

2. Fitzgerald, K. (2017, July 28). Jeff Bezos’ Title of Richest Person on Earth Only Lasted 1 Day. Retrieved August 17, 2017, from http://www.complex.com/life/2017/07/jeff-bezos-title-richest-person-on-earth-only-lasted-one-day

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Sultan Johor Kini Antara Pemilik Rangkaian 7-Eleven Di Malaysia

Sultan Johor Kini Antara Pemilik Rangkaian 7-Eleven Di Malaysia

Penglibatan keluarga diraja dalam perniagaan bukanlah perkara yang asing. Cuma, ia biasanya tidak diwar-warkan kepada umum.

Namun baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mendapat liputan media kerana baginda telah menjadi antara pemilik bagi jenama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia; rangkaian kedai 7-Eleven.

Baginda Sultan Johor muncul sebagai pemegang saham individu ke-2 terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan 8.44 peratus selepas mengambil alih 93.70 juta saham dalam rantaian kedai serbaneka itu sejak Julai 2017.

Yang menariknya, pemilikan terbesar masih dikekalkan oleh ahli perniagaan terkemuka di negara ini, Tan Sri Vincent Tan.

daftar ijual

Fakta Menarik Mengenai 7-Eleven Malaysia

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai 7-Eleven Malaysia:

 

  • Kedai 7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan ia masih wujud sehingga ke hari ini.

 

  • “Clear cup” untuk minuman Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan boleh membuat campuran Slurpee mereka sendiri.

 

  • Cawan bersaiz 8oz untuk Slurpee telah pertama kali dilancarkan pada 10 November 2008 untuk tempoh masa yang terhad.

 

  • 7-Eleven menggunakan beg plastik mesra alam sekitar.

 

  • Di Malaysia, Hari 7-Eleven disambut pada 7 November (7/11) dan bukannya 11 Julai seperti hari rasmi kedai serbaneka 7-Eleven di negara lain.

 


Sumber:

1. Sultan Johor pemegang saham individu ke-2 terbesar 7-Eleven. (n.d.). Retrieved August 10, 2017, from http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/08/sultan-johor-pemegang-saham-individu-ke-2-terbesar-7-eleven/

2. Online, T. S. (2017, August 08). Johor Sultan becomes 7-Eleven M’sia’s 2nd largest individual shareholder – Business News. Retrieved August 10, 2017, from http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/08/08/johor-sultan-becomes-7-eleven-malaysias-second-largest-individual-shareholder/

3. Always There For You. (n.d.). Retrieved August 10, 2017, from http://www.7eleven.com.my/all-about-7eleven

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Facebook Messenger 2.1: An AI Powered Platform for Online Sellers

Facebook Messenger 2.1: An AI Powered Platform for Online Sellers

Anybody who sells on Facebook knows how vital Facebook Messenger is. Likewise, Facebook obviously sees this and working to improve their already existing chat bot feature (which ijual provides).

Facebook hopes to simplify the selling process for the ever-growing amount of merchants on their platform whilst maintaining to be friendly & compatible with third parties solutions.

Facebook just announced it has improved its Messenger Platform after listening to its business partners and developer community.

Ijual Chatbot in action.

With Facebook Messenger Platform 2.1, which comes just a little after three months of 2.0’s release, the company has been focusing on improving its AI and chatbots.

But the Chatbot Feature is Still a Long Way

Currently, the Messenger Chatbot is relatively manual and is still barebones.

It is no surprise that a company of Facebook’s stature is working to implement Artificial Intelligence (AI) to improve their service to make it seem more natural.

Luke Starbuck, VP of Marketing at Linc, explains, “The company says the new tools will allow developers to build Messenger experiences to drive business objectives.” 

“For brands looking to strengthen their customer experience and care efforts before the holiday season, the updates couldn’t come soon enough.”

“This is because AI and bots are now being used more and more to answer customer questions.”

“Brands that personalize and automate their customer care to give shoppers what they want will be the winners this year through retention, delivery cost and revenue benefits to the business.”

“The opportunity for brands to connect with their shoppers more closely is there for the taking.”

Moving Forward

Right now, Facebook Messenger requires some form of manual setup for their chat bot.

Instead, you can sign up for ijual to have a simple chat bot to automate your sales without having to do any setup.

Let the bot handle any customers who contact you through Messenger. This will help you save your time to better manage your business!

register ijual sign up


Source:

1. Guta, M. (2017, August 01). Facebook Messenger Update Introduces AI for Business Objectives. Retrieved August 03, 2017, from https://smallbiztrends.com/2017/08/facebook-messenger-platform-update.html

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]