Category: Sales / Jualan

5 Tip Memilih Produk Yang Menguntungkan Untuk Dijual Secara Online

5 Tip Memilih Produk Yang Menguntungkan Untuk Dijual Secara Online

Faedah menjual produk secara online memang tidak boleh disangkal lagi. Hampir semua orang tahu mengenai faedah menjual secara online.

Tidak kira samada menjual secara dropship atau menjual produk yang didapatkan daripada pengilang atau pemborong, dan jenis platform apa yang anda guna (Facebook, Instagram, marketplace dan lain-lain) — penjualan online boleh membawa pulangan yang agak lumayan — walaupun dengan modal yang agak rendah.

Malah, untuk mendapatkan stok yang dijual juga bukan lagi perkara yang sukar.

Tetapi antara isu paling biasa yang dihadapi oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan penjualan produk secara online adalah ketika mahu memilih produk untuk dijual.

Jadi, kami kongsikan beberapa tip yang anda boleh gunakan sebagai panduan.

1. Pilih Produk Yang Mempunyai Carian Tinggi Oleh Konsumer Di Internet

Ingat tidak semua produk boleh laku jika dijual melalui internet. Jadi, anda perlu lakukan kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai permintaan kepada sesebuah produk.

Antara kaedah mengkaji permintaan adalah dengan bertanyakan kepada kenalan anda.

Anda juga boleh mencuba teknik survey di mana anda hanya mewar-warkan gambar produk dahulu sebelum membuat keputusan untuk memesan produk tersebut.

Jika anda mempunyai bajet lebih, anda juga boleh mengupah freelancer untuk melakukan kajian pasaran untuk menentukan jenis-jenis produk yang sesuai dijual.

2. Produk Yang Mudah Untuk Dihantar Kepada Pelanggan

Elakkan dari cuba menjual produk yang sukar untuk dihantar.

Antara faktor yang perlu anda fikirkan semasa memilih produk adalah saiz & berat produk tersebut. Begitu juga dengan ketahanan produk dan samada ia memerlukan perkhidmatan logistik khas.

Oleh kerana itu, makanan yang mudah rosak atau produk yang sangat besar/berat kebiasaannya bukan produk yang disarankan untuk anda yang mahu mula menjual secara online.

3. Cari Produk Yang Memberikan Margin Keuntungan Setinggi 25%

Membuat keuntungan merupakan tujuan utama dalam perniagaan.

Tetapi dalam masa yang sama, anda tidak boleh menjadi terlalu tamak. Kerana, jika harga yang anda letakkan pada produk anda tidak munasabah, sukar untuk anda menarik hati pelanggan.

Jadi, anda perlu bijak dan kreatif dalam menentukan harga produk anda.

Salah satu solusi yang boleh anda guna adalah mencari produk yang boleh dijual dengan margin keuntungan sebanyak 25%.

Laman Taobao merupakan antara laman yang peniaga boleh dapatkan bekalan produk pada harga yang sangat murah.

Disebabkan stigma masyarakat mengenai pembelian melalui online lebih murah daripada membeli di kedai, anda perlu mendapatkan bekalan produk pada kos yang paling rendah supaya anda masih boleh menikmati margin keuntungan yang lumayan.

4. Perhatikan Pesaing-Pesaing Anda

Walaupun produk yang anda bawa mungkin menarik, tetapi jika terlalu ramai pesaing sudah membawa masuk atau menjual produk yang sama, mungkin anda perlu beralih ke produk yang lain.

Jadi, bagaimana kita mahu memerhatikan apa yang dijual oleh pesaing-pesaing lain yang ada di pasaran.

Antara teknik mudah adalah dengan membuat carian di Google serta Facebook menggunakan kata kunci yang sesuai dengan produk yang anda jual atau mahu mula menjual.

Selain dari mampu melihat samada pasaran telah tepu atau belum, anda juga boleh mencedok idea-idea pemasaran dan jualan daripada pesaing-pesaing anda.

5. Jadilah Yang Pertama, Atau Yang Berbeza, Atau Yang Terbaik

Ingat, apabila anda sudah mendapat produk yang ‘meletup’, jangan mengharapkan jualan yang laris akan kekal selama-lamanya.

Semasa produk anda masih laris, anda sepatutnya sudah mengambil langkah untuk memilih produk lain yang ingin dijual. Ini untuk memastikan perniagaan anda kekal membuat keuntungan.

ijual WhatsApp

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Ini 4 Asas Untuk Bantu Anda Tentukan Harga Jualan Produk Anda

Ini 4 Asas Untuk Bantu Anda Tentukan Harga Jualan Produk Anda

Sebagai usahawan yang menjual produk, kita perlu membuat penentuan harga jualan produk yang munasabah.

Oleh kerana beberapa kali saya ditanya mengenai perkara ini, saya terpanggil nak kongsikan juga dengan anda tentang amalan terbaik untuk menetapkan harga jualan produk.

Kaedah terbaik adalah dengan mengambil kira 4 elemen di bawah:

1. COGS (Cost of Goods Sold)

Jika anda mengeluarkan atau menghasilkan produk anda sendiri, ini patut diambil kira.

Ini merupakan kos-kos yang dibelanjakan dalam mengeluarkan produk. Kos bahan mentah juga perlu dikira dalam kiraan ini

Bagaimana kalau anda menjual semula produk yang dibeli dari pembekal atau melakukan trading?

Maka CAPEX (Capital Expenditure) perlu diambil kira — iaitu kos yang dibelanjakan untuk anda membeli stok jualan terawal anda.

2. OPEX (Operation Expenditure)

Ini merupakan kos operasi keseluruhan untuk perniagaan anda seperti gaji dan lain-lain.

3. Commission

Ini merupakan peratus daripada harga yang akan digunakan sebagai komisen kepada ajen jualan atau memberi diskaun kepada mereka yang membeli secara pukal.

4. Margin

Ini adalah nisbah keuntungan dan perbelanjaan semula diambil kira.

Antara contoh perbelanjaan semula adalah seperti membeli stok baru atau penyelidikan (R&D).

ijual WhatsApp

Jadi, bagaimana cara kiraannya?

Katakan anda mempunyai 100 unit yang akan dihasilkan atau dijual.

Maka elemen 1 sehingga 4 dicampurkan sebelum dibahagikan dengan 100 bagi mendapatkan harga jualan produk yang ideal untuk setiap unit.

Faktor-Faktor Tambahan

Ada beberapa lagi faktor yang perlu anda fikirkan jika anda seorang pengeluar produk sendiri seperti:

 

  • Barang harga kawalan

 

  • Produk berasaskan IP (trademark, patent, copyright..)

 

  • Produk berasaskan kreatif & design

 

  • Rundingan & latihan (i.e: kadar coaching)

 

  • Produk inovasi

 

Jadi saya harap, melalui formula ringkas ini, sedikit-sebanyak data membantu anda dalam menentukan harga jualan produk anda.

Megat Zainurul Anuar merupakan seorang business coach dan corporate trainer di Skywiki Consulting.

Sebelum membuka syarikat konsultansi keusahawanan, beliau pernah terlibat di dalam pelbagai projek keusahawanan seperti mengetuai panel bagi Anugerah Inovasi MARA 2017, membimbing usahawan M-CORE: New Entrepreneurship Foundation (NEF) dan lain-lain.

Terdahulu, beliau merupakan seorang konsultant di Global IT Services Sdn Bhd.

7 Tip Mudah Untuk Menaikkan Jualan Melalui Akaun Peribadi Di Facebook

7 Tip Mudah Untuk Menaikkan Jualan Melalui Akaun Peribadi Di Facebook

Pemasaran dan penjualan melalui Facebook tidak terhad pada penjualan melalui FB Page dan pengiklanan semata-mata

Walaupun pelbagai fungsi dan tools yang telah diperkenalkan oleh Facebook, masih ada di antara anda yang lebih selesa berniaga melalui akaun peribadi atau Facebook profile.

Jika anda seorang peniaga dan ingin mencari prospek menggunakan Facebook profile, anda boleh gunakan tip-tip di bawah.

InsyaAllah berkesan.

1. Buat Minima 3 Post Sehari

Ini untuk memastikan post anda ‘ditangkap’ oleh algoritma Facebook yang bakal menayangkan post anda di News Feed orang lain.

2. Hanya 1 Post Sharing Mengenai Perniagaan Anda

Jika anda mahu menghebahkan mengenai perniagaan anda atau melakukan upsale kepada kenalan anda di Facebook, pastikan hanya sekali sehari.

Jumlah maksima yang dibenarkan ialah 2 kali dalam sehari.

Kalau benar-benar perlu untuk memuat naik atau menulis post yang bersifat menjual, pastikan jarak masa agak jauh di antara dua posts tersebut.

Post selebihnya pada hari yang sama adalah untuk anda berkongsi nasihat atau akitivi anda.

daftar ijual

3. Betul, Jangan Abaikan Poin Di Atas

Jika kesemua post menjual mana nak jadinya. Mungkin kadangkala ia berkesan. Tetapi kebiasaannya audiens anda tidak suka akan cara ni.

4. Beri Respon Pada Setiap Komen Yang Anda Terima

Pastikan anda memberi respon pada setiap komen. Sebagai contoh memberi like pada komen mereka.

Melalui cara ini, mereka akan sering melihat post anda di News Feed mereka. Jika anda reply, lebih bagus kerana bilangan komen yang tinggi akan meningkatkan reach post tersebut.

5. Pelbagaikan Jenis Posting Anda

Sebagai contoh, ayat-ayat motivasi, video, FB Live dan lain-lain. JIka anda terlalu statik & ‘keras’ dalam perkongsian, ia akan membosankan audiens anda.

6. Banyakkan Interaksi Dengan Audiens

Cuba banyakkan posting berbentuk soalan. Bila ada soalan, communication kita bersama audience tak terputus.

Jika anda mahu share tips pun cuba tinggalkan soalan di bahagian hujung post anda. Contoh:

“Ada yang tak faham? boleh tanya kat komen…”

7. Jangan Kritik, Maki & Mengutuk

Siapa suka negative vibe? Terlalu banyak mengkritik akan membuatkan kita nampak seperti syok sendiri.

Bukan apa, takut nanti anda jilat ludah sendiri. Ingat, reputasi positif itu paling penting dalam langkah asas menaikkan personal branding anda di akaun peribadi Facebook.

Semoga dengan perkongsian ini anda dapat menaikkan jumlah followers dan prospect melalui akaun peribadi anda.


(Nota Editor: Artikel ini pertama kali diterbitkan di laman KuDagang oleh penulis yang sama)

Afifi Saidan ialah seorang usahawan yang juga merupakan salah seorang dari pengasas Virus Marketing.

Beliau juga bertanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Pemasaran untuk Mensive.

Beliau mempunyai kepakaran dalam pemasaran online — terutamanya Facebook.

Beliau juga telah memberi tunjuk ajar serta latihan kepada ramai pemilik bisnes berkaitan pemasaran, penjualan serta penjenamaan.

Bagaimana Saya Jana RM 2,000 Dalam Masa 36 Jam Semasa Masih Belajar

Bagaimana Saya Jana RM 2,000 Dalam Masa 36 Jam Semasa Masih Belajar

Kebelakangan ini saya banyak terbaca mengenai keluhan rakan-rakan di Facebook yang masih berstatus student.

Since kos sara hidup smakin meningkat, memang pening untuk mencari duit… Lagi-lagi kalau untuk yang datang dari keluarga kurang berada.

Kos-kos untuk belajar sekarang ni bukan rendah, takkan balik- balik mahu minta dari keluarga di kampung kan.

So, saya rasa bertanggungjawab untuk share sedikit pengalaman saya buat pendapatan sampingan waktu saya masih belajar sebelum ini.

Saya faham ada di antara anda yang tak mampu untuk dapatkan modal RM 100, apatah lagi RM 200 untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.

Sebab saya sendiri pun bukan sahaja pernah melalui zaman student di era millennial ini, malah keluarga saya sendiri di Sipitang, Sabah bukan dari golongan yang senang.

So, saya akan cuba share dengan seringkas mungkin, bagaimana saya jana RM 2,000 dalam tempoh 36 jam.

(Pendapatan bulanan saya semasa kerja part-time di kedai baju, restoran pizza & lukis kartun untuk newspaper pun masih tak dapat mencecah jumlah tu. Kasihan.)

Harap-harap perkongsian saya ini dapat membantu anda yang masih belajar.

1. Fokus Pada Bakat Anda

As for me, saya suka design dan boleh dikatakan saya berbakat dalam kebanyakan cabang seni reka.

So, the first thing that came to my mind was “Hmm…saya design t-shirt la”.

No matter what your talent is, focus on it… Mulakan sebuah bisnes berdasarkan bakat anda. Tetapi jika anda belum pasti apa bakat anda; cari orang yang berbakat, work out a deal.

Tidak semestinya semua benda perlu dilakukan sendiri.

2. Kenali Niche Anda

Bagi yang belum tahu, niche secara ringkasnya ialah golongan kecil yang menjadi sasaran utama pasaran produk/servis anda.

Sebagai contoh, sewaktu saya ingin memulakan bisnes t-shirt, saya dikelilingi oleh student-student dari jurusan seni reka bina (disebabkan saya juga pelajar dari jurusan yang sama).

Jadi, saya memutuskan untuk menghasilkan rekaan t-shirt yang ‘kena’ dengan jiwa bakal arkitek.

Ingat, jangan hasilkan sesuatu yang terlalu general. Lebih besar sasaran pelanggan anda, lebih sukar untuk anda menjual.

Jika anda sudah mempunyai niche untuk produk/servis anda, cuba kenali mereka dengan lebih mendalam. Supaya apabila anda boleh berfikir seperti mereka, anda boleh menghasilkan apa yag mereka benar-benar mahu.

3. Fokus Pada Kekuatan Anda (Mana Yang Lemah, Outsource)

Ketika itu, saya tiada kilang atau kemahiran untuk mencetak baju. Apa yang saya adalah pergi ke tempat kilang baju, tunjukkan design dan dapatkan quotation.

Dari situ saya mula menetapkan harga saya.

Tetapi, macam mana mahu mula menjual jika produk belum ready?

Menggunakan gambar rekaan sahaja, saya mula membuka pre-order. Pre-order saya bukan mengambil tempahan nama semata-mata. Saya minta semua yang berminat untuk buat bayaran penuh terlebih dahulu.

Dengan cara ini, bukan setakat saya boleh dapatkan komitmen dari prospek; saya juga mampu membuat bayaran tempahan kepada kilang walaupun pada asalnya saya tiada modal.

4. Lebih Banyak Usaha, Lebih Tinggi Pulangan

Student seni bina di UITM Seri Iskandar tempat saya belajar dahulu tidak berapa ramai.

Saya juga ketika itu tiada bajet untuk FB Ads. So, saya menggunakan kaedah yang boleh dikira tradisional dan leceh: saya post sendiri iklan saya di Facebook Groups.

Waktu itu, tak kisah la nama group tu “I love architecture” kah…”Architecture Student Association” kah… “Architorture” kah…”Seni Bina Seni Bercinta” kah… Yang penting asalkan ada kaitan dgn architecture/seni bina, pasti saya join.

Bunyinya leceh tetapi dalam masa lebih kurang sejam, saya berjaya join lebih kurang 50 groups di facebook yang ada kaitan dengan seni bina/architecture.

Dengan gigihnya, saya mula post iklan saya di kesemua group yang saya sertai. Saya selitkan info seperti harga, bila tarikh tutup tempahan, dan saya letakkan no telefon saya. Waktu itu, saya buka tempahan hanya untuk 24 jam saja.

Lebih kurang 36 jam, total tempahan yang saya terima melebihi RM 2,000. Tak sia-sia saya buat beratus-ratus posting di groups.

daftar ijual

Ini sahaja perkongsian ringkas saya. Tiada formula magic atau tip rahsia. Hanya bergantung kepada strategi ringkas dan sejauh mana anda sanggup lakukan sesuatu untuk dapatkan wang.

Anyway, tak semestinya anda perlu ikut menjual baju. Just copy my strategies and use it on selling different things.

Ingat, ia bukan apa yang dijual, sebaliknya cara ia dijual. Jangan takut mencuba, take risks and all the best.

Oh ya, melalui jualan yang agak memberangsangkan di atas, penjualan t-shirt secara kecil-kecilan saya kini sudah menjadi sebuah jenama bernama Headhunter Clothing.

Anda boleh check out jenama ini di sini.


(Nota Editor: Artikel ini pertama kali diterbitkan di laman KuDagang oleh penulis yang sama)

Seorang usahawan, graphic designer dan juga seorang arkitek bebas. Juga merupakan founder kepada jenama Headhunter Clothing — sebuah jenama t-shirt grafik popular di Borneo.

Selain itu, beliau merupakan Head of Design di ADIGITAL Branding Sdn Bhd, sebuah firma pengiklanan & penjenamaan. Beliau juga berpengalaman dalam pembangunan laman web serta aplikasi mobil.

Ini 4 Langkah Yang Saya Amalkan Untuk Close Sales Dalam Jualan

Ini 4 Langkah Yang Saya Amalkan Untuk Close Sales Dalam Jualan

Kalau anda pernah menonton filem Hollywood, Glengarry Glen Ross (1992) yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Alec Baldwin, Al Pacino & Kevin Spacey; pasti anda pernah melihat scene di bawah:

“ABC = Always be closing”

Ya, memang benar apa yang ditunjukkan dalam filem ini. Matlamat untuk setiap peniaga dan penjual adalah untuk “close sales”.

Namun ramai yang gagal untuk seal the deal. Jadi, saya kongsi langkah-langkah yang saya selalu amalkan di bawah ini untuk anda close sales ataupun upselling.

Tidak kira apa jua jenis barang yang anda cuba menjual — anda mesti cuba praktikkan teknik-teknik yang saya kongsikan — terutamanya jika anda ada masalah untuk close sales.

Langkah 1: Facts Finding

Perkara ini selalu dilupakan mana-mana peniaga atau penjual baru.

Gagal untuk membuat kajian asas mengenai prospek anda, bakal membuatkan anda menawarkan produk atau servis yang salah.

Bahkan lebih teruk, penawaran tersebut tidak langsung diingini oleh prospek.

Contohnya, seseorang prospek yang mempunyai kepercayaan kuat terhadap perubatan moden dan canggih, mungkin bukan prospek yang sesuai untuk produk tradisional.

Oleh itu amat penting untuk anda memahami latar belakang prospek agak dapat menyelesaikan masalah atau kemahuan mereka.

daftar ijual

Jangan guna taktik yang sama untuk semua orang.

Bagaimana pula dengan orang ramai atau anda jenis yang terpaksa membuat direct selling kepada orang ramai secara random?

Di sini tiada cara melainkan pengalaman bertemu ramai orang, mengenali dan cuba membaca mereka. Cuma pastikan anda buka mata & buka minda.

Langkah 2: Cipta Ruang Anda

Apabila sudah mendapat infomasi yang perlu dan membina hubungan asas dalam masa yang singkat, itulah masa sesuai untuk anda ‘mencucuk jarum’.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah pastikan tawaran kena pada kehendak prospect anda.

Jika mahukan upselling sekalipun, pastikan yang tawaran asas anda telah memenuhi kemahuan atau menyelesaikan masalah prospek anda.

Ingat, anda kena wujudkan urgency/keperluan untuk membeli/mengambil khidmat anda.

Langkah 3: Close The Deal

Peringkat ini adalah antara yang paling susah & merupakan game changer untuk anda.

Ramai peniaga atau penjual gagal dalam peringkat ini (despite sudah membuat presentation yang power).

Mungkin kerana segan silu, atau tidak cukup yakin dengan langkah mencucuk jarum, peniaga atau penjual kerap kali gagal untuk seal the deal.

Jangan takut untuk mencuba – rejection & penolakan adalah perkara biasa. Ia juga membantu anda untuk menjual dengan lebih baik di masa hadapan.

Oh ya, kadangkala perlu ada juga silent moment di antara anda dengan prospek. BIAR prospek yang menjawab “ya”, bukan anda yang push.

Langkah 4: Follow Up / After Sales

Jika anda berjaya close sales, Alhamdulillah. Jika tidak close sales, jangan mengalah …

… Dan JANGAN tarik muka atau menyakitkan hati prospek.

Kadangkala anda perlu memberi masa kepada prospek untuk berfikir.

Dalam proses menjual, sentiasa ada ruang untuk follow up jika tiada sour feelings atau orang tersebut memang terbukti bukan tergolong dalam sasaran pelanggan anda.

Namun, perlu diingatkan jika anda mahu follow up; jangan sampai anda spam prospek anda.

Dan apabila anda berjaya close case, pastikan anda beri after sales servis yang terbaik dan bukannya menghentikan hubungan begitu sahaja. Gunakan peluang ini untuk membina network & relationship.

Percayalah, kos untuk mendapat pelanggan baru lebih tinggi berbanding mendapatkan pelanggan ulangan.

Tip Ekstra

Segala bidang yang anda ceburi, jangan ego & sombong dengan prospek anda.

Mungkin hari ini dia belum menjadi customer anda, namun di masa hadapan dia mungkin customer anda paling setia.

Serta bina “center of influence” anda. Iaitu, rangkaian pelanggan yang menjadi ‘peminat’ anda dan boleh membantu meluaskan rangkaian yang sedia ada.

Customer atau klien yang puas hati dengan anda pasti akan recommend anda pada network mereka.

daftar ijual

 


(Nota Editor: Artikel ini pertama kali diterbitkan di laman KuDagang oleh penulis yang sama.)

Merupakan seorang konsultan perniagaan dan pengasas di SEEK AZ Konsultansi.

Juga mengepalai laman e-dagang untuk Semuanya BOLA iaitu SBX.

Mempunyai pengalaman meluas dalam start-up serta pengurusan syarikat melalui khidmat beliau di Cradle Fund, Malaysia Airports Berhad dan juga sektor kewangan.