Category: Tutorial

Langkah-Langkah Untuk Mempamerkan Kedai Online Anda Melalui Ijual

Langkah-Langkah Untuk Mempamerkan Kedai Online Anda Melalui Ijual

Melalui ijual, anda boleh menghantar link terus ke laman produk, dan borang membuat pesanan serta pembayaran kepada pelanggan anda — malah, anda boleh memasang chatbot untuk Facebook Page bisnes anda.

Sudah tentu ramai daripada anda telah mengetahui semua di atas. Tetapi, tahukah anda bahawa anda juga boleh mempunyai kedai online sendiri?

Bagi anda yang tidak mempunyai laman web, media online ini boleh digunakan sebagai laman web anda sendiri.

Mahu tahu caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. Tetapkan Butiran Perniagaan Anda

Ingat, pastikan anda telah memuat naik produk, menetapkan kaedah penghantaran serta kaedah pembayaran melalui aplikasi ijual.

(Nota: Jika anda masih tidak tahu cara untuk melakukannya, sila rujuk di artikel ini.)

Setelah itu, melalui aplikasi ijual juga, tetapkan maklumat perniagaan anda. Ia boleh didapati pada laman tetapan.

kedai online sendiri

Kemudian, isi maklumat-maklumat penting seperti nama perniagaan, logo dan lain-lain. Nama perniagaan perlu selari dengan penjenamaan yang anda mahu dilihat pelanggan.

kedai online percuma

 

Bina kedai online anda

Pastikan anda telah menyimpan tetapan tersebut sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.

2. Kongsi URL Produk Anda Kepada Pelanggan

Selepas anda menyimpan tetapan pada maklumat perniagaan anda, sila ke laman produk anda dan pilih sebuah produk untuk dikongsi.

Kongsikan pautan tersebut kepada pelanggan. Anda juga boleh berkongsi ke WhatsApp anda sendiri.

Selepas itu, klik pada pautan produk dan anda akan dibawa ke laman khas untuk produk tersebut.

3. Tekan Nama Perniagaan Untuk Ke Kedai Online Anda

Pada laman khas produk, skrol ke bawah untuk melihat butiran perniagaan anda. Anda akan dapat melihat nama perniagaan anda dalam tulisan berwarna biru.

mahu kedai online

Tekan pada nama perniagaan anda dan anda akan dibawa ke laman kedai online anda!

kedai online percuma terbaik

Jika anda mahu menggunakan alamat kedai ini sebagai alamat laman web atau pada butang CTA seperti di Facebook Page atau akaun Instagram, salin alamat kedai online dan gunakannya.

Anda juga boleh melihat versi kedai anda melalui paparan desktop.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ijual melalui emel atau PM kami di Facebook Page kami.

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Mahu Menjawab PM Di Facebook Page Anda Secara Automatik? Ini Caranya…

Mahu Menjawab PM Di Facebook Page Anda Secara Automatik? Ini Caranya…

Jika anda mempunyai Facebook Page bisnes anda, pastinya anda pernah menghadapi salah satu (atau kedua-dua) isu di bawah:

  • Anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melayan kesemua pesanan yang anda terima.
  • Anda mendapat terlalu banyak pesanan dalam satu-satu masa.

Apakah solusi terbaik untuk menangani isu-isu di atas? Semestinya, “chatbot” untuk membantu anda menjawab PM di Facebook dengan efektif.

Chatbot merupakan sebuah fungsi pada laman web atau media sosial yang boleh berkomunikasi dengan pelawat secara interaktif.

Disebabkan kami di ijual juga memahami kepentingan pengurusan jualan yang cekap, kami juga ada menyediakan fungsi chatbot PERCUMA untuk anda pasang pada Facebook Page bisnes anda.

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:

(Nota: Pastikan anda telah memuat-turun aplikasi ijual, mendaftar & mengesahkan akaun anda sebelum mengikuti langkah-langkah ini.)

1. Tetapkan Butiran Bisnes Anda Pada Aplikasi

Sebelum kita bermula, pastikan anda telah memuat naik produk, menetapkan kaedah penghantaran serta kaedah pembayaran melalui aplikasi ijual.

(Nota: Jika anda masih tidak tahu cara untuk melakukannya, sila rujuk di artikel ini.)

Setelah itu, melalui aplikasi ijual juga, tetapkan maklumat perniagaan anda. Ia boleh didapati pada laman tetapan.

Kemudian, masukkan butiran-butiran penting seperti nama perniagaan anda dan lain-lain seperti dalam borang yang disediakan.

chatbot menjawab pm di facebook 2

2. Pergi Ke Portal Laman Web ijual

Apabila semua langkah-langkah di atas telah disempurnakan, buka browser/pelayar Internet anda dan pergi ke portal laman web ijual di www.ijual.my.

Log masuk menggunakan butiran yang sama semasa anda daftar/log masuk ke aplikasi ijual anda.

chatbot menjawab pm di facebook

Setelah log masuk, tekan pada menu akaun anda, dan pergi laman tetapan akaun ijual.

chatbot menjawab pm di facebook

3. Mula Mengaplikasikan Fungsi Chatbot

Setelah anda berada pada laman tetapan akaun, sila periksa butiran perniagaan yang telah anda masukkan pada aplikasi.

chatbot menjawab pm di facebook

Kemudian, tekan pada paparan ijual bot untuk pelantar Facebook Messenger.

chatbot menjawab pm di facebook

Kemudian, tekan pada butang Facebook Login untuk membawa anda log masuk ke akaun Facebook anda.

4. Aktifkan Chatbot Anda

Apabila anda sudah log masuk ke akaun Facebook anda, anda akan diminta kebenaran untuk membenarkan aplikasi ijual bot untuk menjawab PM anda di Facebook Page bisnes anda.

chatbot menjawab pm di facebook

Setelah anda memberi kebenaran, anda akan dibawa semula ke laman tetapan akaun anda di portal laman web ijual. Tekan pada pilihan Facebook Page yang anda mahukan dan tekan butang hijau untuk mengaktifkannya.

chatbot menjawab pm di facebook

Setelah ia aktif, anda perlu ke Facebook Page dan tekan “Settings” atau tetapan page anda.

Pada pilihan menu “Messenger Platform” pilih peranan aplikasi ijual bot sebagai pilihan utama untuk menjawab PM di Facebook Page anda.

chatbot menjawab pm di facebook

5. Anda Kini Telah Memasang Chatbot Anda!

Kini, Facebook Page anda telah dilengkapi dengan chatbot anda sendiri yang disediakan secara percuma oleh ijual.

Untuk menukar butang CTA bagi memastikan pelanggan terus menghubungi anda melalui Messenger, pergi ke Facebook Page anda dan tekan butang biru pada atas laman Facebook Page anda.

chatbot menjawab pm di facebook

Selepas itu, tekan pilihan “Get in Touch”.

chatbot menjawab pm di facebook

Dan pilih “Send Message” untuk memastikan butang tersebut membawa pengunjung terus untuk menghubungi anda.

chatbot menjawab pm di facebook

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ijual melalui emel/panggilan telefon atau PM kami di laman Facebook kami.

Selamat mencuba!

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Cara-Cara Penetapan Fungsi Pembayaran Online Dalam Aplikasi Ijual

Cara-Cara Penetapan Fungsi Pembayaran Online Dalam Aplikasi Ijual

Seperti yang anda telah dimaklumkan, anda boleh memberi pilihan pembayaran online kepada pelanggan melalui ijual.

Selain itu, ijual juga membenarkan anda menerima pembayaran dalam pelbagai cara termasuk CDM dan COD.

ijual WhatsApp

Langkah-Langkah Membuat Tetapan

Untuk membuat penetapan pilihan pembayaran online, sila ke “Tetapan Pilihan Pembayaran” pada menu. Pembayaran melalui perbankan online ini dilakukan melalui BillPlz.

tetapan pembayaran online ijual

Semasa membuat tetapan ini untuk kali pertama, anda juga akan diberikan akaun Billplz anda.

(Nota: Jika anda sudah mempunyai akaun Billplz, anda boleh menggunakan akaun sedia ada dengan membuat tetapan pada portal laman web ijual.)

Selepas mengisi butiran pada tetapan ini, status Perbankan Online anda akan ditanda sebagai menunggu kelulusan.

Proses kelulusan biasanya akan mengambil 3 hari bekerja. Jika ia mengambil masa lebih daripada tempoh ini, sila hubungi tim ijual.

Setelah lulus, anda boleh menerima bayaran FPX (perbankan online) melalui bank-bank yang sah daripada pelanggan.

Syarat-Syarat Kelulusan Fungsi Pembayaran Online

Untuk mengelakkan daripada permohonan anda tidak lulus atau mengambil masa yang lama, pastikan anda telah menyemak kesemua butiran sebelum menghantar kepada kami.

tetapan pembayaran online ijual

Selain itu, syarat paling utama adalah anda perlu menyediakan nombor pendaftaran perniagaan dan akaun perniagaan yang sah.

Walaupun misi utama ijual adalah untuk memudahkan proses pembelian dan penjualan, namun undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlu dipatuhi.

Jadual Pembayaran Ke Akaun Bank Anda

Setiap transaksi yang dibuat ke akaun Billplz anda akan dimasukkan secara automatik ke akaun bank anda pada keesokan harinya.

Proses automatik ini akan berjalan pada setiap hari, kecuali hari Jumaat, Sabtu, Ahad & cuti umum.

Contohnya:

 

  • Hari Isnin merupakan hari anda menerima pesanan & pembayaran, maka anda wang akan dimasukkan ke akaun anda pada hari Selasa.

 

  • Pada hari Selasa, anda akan menerima pada hari Rabu.

 

  • Jika anda menerima wang pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu atau Ahad, anda akan menerima wang pada hari Isnin.

 

  • Jika cuti umum, anda akan menerima wang pada hari bekerja (kecuali Jumaat) yang seterusnya.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui emel atau PM kami di laman FB Page ijual.

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Gunakan Aplikasi Ijual Untuk Berniaga

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Gunakan Aplikasi Ijual Untuk Berniaga

Jika anda sudah mengikuti perkembangan kami semenjak beberapa bulan yang lalu, pastinya anda telah tahu bahawa kami baru sahaja melancarkan ijual dalam versi aplikasi smartphone pada awal September lepas.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu gunakan aplikasi ijual dalam menguruskan urusan perniagaan online seharian anda.

Terutamanya jika anda sedang berniaga melalui Facebook, Instagram atau WhatsApp.

(Nota: Kami juga akan menyediakan tutorial khusus untuk setiap kelebihan atau fungsi yang dinyatakan di bawah.)

daftar ijual

Tiada Modal Permulaan Diperlukan

Untuk menggunakan aplikasi ijual, anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma. Ya, tanpa sebarang bayaran.

Malah, tiada yuran bulanan juga dikenakan kepada pengguna. Tidak seperti sistem pengurusan jualan online yang lain, anda boleh menggunakan kesemua fungsi-fungsi dalam ijual tanpa ada pelan premium atau kos tersembunyi.

Hanya transaksi apabila anda menggunakan sistem bayaran online akan dikenakan caj transaksi.

Iaitu sebanyak RM 1 untuk transaksi di bawah nilai RM 50 dan 2% untuk transaksi di atas nilai RM 50.

Terima Pembayaran Online Dengan Mudah

Jika anda mempunyai akaun bank perniagaan, anda boleh mula menerima pembayaran secara online melalui aplikasi ijual.

Melalui cara ini, pelanggan anda boleh membayar kepada anda secara online; tanpa perlu anda “copy-paste” cara pembayaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa anda perlu menyediakan kaedah pembayaran secara online, kami ada berkongsi mengenainya sebelum ini dalam sebuah artikel.

Kemaskini: Anda boleh rujuk cara-cara menetapkan pembayaran online melalui ijual di sini.

Analisis Serta Laporan Perniagaan Yang Professional

Untuk anda yang berniaga melalui Facebook, Instagram & apa sahaja jenis media sosial, memantau jualan dan menyediakan laporan berdasarkan rekod adalah sesuatu yang melecehkan.

Malah, beberapa pengguna ijual pun mengakui perkara ini di peringkat permulaan perniagaan mereka.

Dengan adanya ijual, anda bukan sahaja boleh membina database pelanggan, malah anda boleh melihat analisis jualan anda secara pantas melalui paparan dalam aplikasi ijual.

Untuk memuat turun laporan tersebut dalam bentuk PDF untuk tujuan audit, pinjaman bank dan lain-lain; anda boleh log masuk ke portal laman web ijual dan memuat turun dari situ.

Malah, anda juga boleh memuat turun database pelanggan anda dalam format Excel daripada portal laman web.

Mudahkan Proses Pembelian Untuk Pelanggan

Aplikasi ijual direka bukan sahaja untuk memudahkan anda sebagai peniaga, ia juga memudahkan pelanggan anda berurusan dengan anda.

Tidak perlu “copy-paste” cara pembayaran atau maklumat yang diperlukan.

Semuanya pelanggan anda boleh lakukan melalui satu link yang mempunyai borang pembelian dan pilihan pembayaran serta penghantaran.

Malah, pelanggan anda juga tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi mahupun mendaftar. Link yang dikongsi kepada mereka akan membawa pelanggan anda ke sebuah laman web untuk meneruskan pembelian.

Contoh langkah-langkah dan laman pembelian yang pelanggan anda lihat.

Selain itu, kami juga ada sediakan fungsi chatbot untuk anda pasang di FB Fan Page anda. Fungsi chatbot ini mampu membantu anda melayan pesanan walaupun anda tiada masa untuk membalas mesej yang anda terima.

Kekalkan Kaedah Yang Anda Sudah Gunakan Selama Ini

Ini bermakna, jika anda sudah berniaga melalui media sosial atau platform pengiklanan seperti Mudah.my, Carousell dan lain-lain, anda boleh mengekalkan kaedah jualan dan komunikasi seperti biasa.

Ijual bukan sebuah aplikasi pengiklanan atau platform baru untuk menjual. Sebaliknya, ijual merupakan fungsi tambahan kepada kaedah penjualan online sedia-ada yang memudahkan anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui emel atau PM kami di laman FB Page ijual.

ijual WhatsApp

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Panduan Penggunaan Aplikasi ijual Untuk Pengguna Kali Pertama

Panduan Penggunaan Aplikasi ijual Untuk Pengguna Kali Pertama

Aplikasi ijual merupakan kaedah paling murah, mudah dan pantas untuk mengadaptasi sistem e-commerce pada bisnes anda.

Ia termasuk samada urusan bisnes anda hanya dilakukan melalui media sosial atau aplikasi chat seperti WhatsApp & Telegram.

Namun, semudah mana pun aplikasi yang telah kami sediakan, kami percaya yang anda masih memerlukan tunjuk ajar dalam mengoptimumkan penggunaan aplikasi ini.

Jadi, ini merupakan tutorial pertama untuk anda.

Terutamanya jika anda baru pertama kali menggunakannya, sebelum beralih ke tutorial penggunaan aplikasi ini yang lain.

Muat Turun Panduan Penggunaan ijual

Untuk memuat turun panduan penggunaan ini, anda hanya perlu menekan pada salah satu link yang dipaparkan dibawah.

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]