Ini 4 Langkah Yang Saya Amalkan Untuk Close Sales Dalam Jualan

Ini 4 Langkah Yang Saya Amalkan Untuk Close Sales Dalam Jualan

Kalau anda pernah menonton filem Hollywood, Glengarry Glen Ross (1992) yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Alec Baldwin, Al Pacino & Kevin Spacey; pasti anda pernah melihat scene di bawah:

“ABC = Always be closing”

Ya, memang benar apa yang ditunjukkan dalam filem ini. Matlamat untuk setiap peniaga dan penjual adalah untuk “close sales”.

Namun ramai yang gagal untuk seal the deal. Jadi, saya kongsi langkah-langkah yang saya selalu amalkan di bawah ini untuk anda close sales ataupun upselling.

Tidak kira apa jua jenis barang yang anda cuba menjual — anda mesti cuba praktikkan teknik-teknik yang saya kongsikan — terutamanya jika anda ada masalah untuk close sales.

Langkah 1: Facts Finding

Perkara ini selalu dilupakan mana-mana peniaga atau penjual baru.

Gagal untuk membuat kajian asas mengenai prospek anda, bakal membuatkan anda menawarkan produk atau servis yang salah.

Bahkan lebih teruk, penawaran tersebut tidak langsung diingini oleh prospek.

Contohnya, seseorang prospek yang mempunyai kepercayaan kuat terhadap perubatan moden dan canggih, mungkin bukan prospek yang sesuai untuk produk tradisional.

Oleh itu amat penting untuk anda memahami latar belakang prospek agak dapat menyelesaikan masalah atau kemahuan mereka.

daftar ijual

Jangan guna taktik yang sama untuk semua orang.

Bagaimana pula dengan orang ramai atau anda jenis yang terpaksa membuat direct selling kepada orang ramai secara random?

Di sini tiada cara melainkan pengalaman bertemu ramai orang, mengenali dan cuba membaca mereka. Cuma pastikan anda buka mata & buka minda.

Langkah 2: Cipta Ruang Anda

Apabila sudah mendapat infomasi yang perlu dan membina hubungan asas dalam masa yang singkat, itulah masa sesuai untuk anda ‘mencucuk jarum’.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah pastikan tawaran kena pada kehendak prospect anda.

Jika mahukan upselling sekalipun, pastikan yang tawaran asas anda telah memenuhi kemahuan atau menyelesaikan masalah prospek anda.

Ingat, anda kena wujudkan urgency/keperluan untuk membeli/mengambil khidmat anda.

Langkah 3: Close The Deal

Peringkat ini adalah antara yang paling susah & merupakan game changer untuk anda.

Ramai peniaga atau penjual gagal dalam peringkat ini (despite sudah membuat presentation yang power).

Mungkin kerana segan silu, atau tidak cukup yakin dengan langkah mencucuk jarum, peniaga atau penjual kerap kali gagal untuk seal the deal.

Jangan takut untuk mencuba – rejection & penolakan adalah perkara biasa. Ia juga membantu anda untuk menjual dengan lebih baik di masa hadapan.

Oh ya, kadangkala perlu ada juga silent moment di antara anda dengan prospek. BIAR prospek yang menjawab “ya”, bukan anda yang push.

Langkah 4: Follow Up / After Sales

Jika anda berjaya close sales, Alhamdulillah. Jika tidak close sales, jangan mengalah …

… Dan JANGAN tarik muka atau menyakitkan hati prospek.

Kadangkala anda perlu memberi masa kepada prospek untuk berfikir.

Dalam proses menjual, sentiasa ada ruang untuk follow up jika tiada sour feelings atau orang tersebut memang terbukti bukan tergolong dalam sasaran pelanggan anda.

Namun, perlu diingatkan jika anda mahu follow up; jangan sampai anda spam prospek anda.

Dan apabila anda berjaya close case, pastikan anda beri after sales servis yang terbaik dan bukannya menghentikan hubungan begitu sahaja. Gunakan peluang ini untuk membina network & relationship.

Percayalah, kos untuk mendapat pelanggan baru lebih tinggi berbanding mendapatkan pelanggan ulangan.

Tip Ekstra

Segala bidang yang anda ceburi, jangan ego & sombong dengan prospek anda.

Mungkin hari ini dia belum menjadi customer anda, namun di masa hadapan dia mungkin customer anda paling setia.

Serta bina “center of influence” anda. Iaitu, rangkaian pelanggan yang menjadi ‘peminat’ anda dan boleh membantu meluaskan rangkaian yang sedia ada.

Customer atau klien yang puas hati dengan anda pasti akan recommend anda pada network mereka.

daftar ijual

 


(Nota Editor: Artikel ini pertama kali diterbitkan di laman KuDagang oleh penulis yang sama.)

Merupakan seorang konsultan perniagaan dan pengasas di SEEK AZ Konsultansi.

Juga mengepalai laman e-dagang untuk Semuanya BOLA iaitu SBX.

Mempunyai pengalaman meluas dalam start-up serta pengurusan syarikat melalui khidmat beliau di Cradle Fund, Malaysia Airports Berhad dan juga sektor kewangan.

Comments are closed.