
Instagram Memperkenalkan Fungsi Undian, “Poll” Dalam Instagram Stories
Dalam usaha meningkatkan lagi pengalaman pengguna, laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram memperkenalkan fungsi undian atau “Poll”.
Fungsi kecil ini boleh digunakan dalam salah satu daripada fungsi utama Instagram iaitu Instagram Stories.
Melalui fungsi undian ini, anda boleh memuat-naik Instagram Stories anda sambil menanyakan pendapat kepada followers anda.
Fungsi Undian Real-Time
Menurut blog rasmi untuk Instagram, selepas memuat naik foto atau video dalam story, anda boleh memilih sticker “poll”.
Ia boleh diletakkan pada mana-mana bahagian foto atau video — dan anda boleh mengubahsuai teks serta paparan undian anda.
Selepas anda berkongsi story anda dengan followers, mereka boleh terus melakukan undian dan anda boleh melihat paparan keputusan secara real-time.
Dan seperti mana-mana perkongsian dalam Instagram Stories, ia akan dipadam selepas tempoh 24 jam.
Fungsi kecil terbaru daripada media sosial ini sangat menarik.
Ia bukan sahaja menarik untuk tujuan peribadi. Malah sebagai peniaga, anda boleh melakukan survey pantas dan berinteraksi dengan lebih ceria bersama audiens anda.
Sumber:
1. Instagram Blog. (2017, October 03). Introducing Polls in Instagram Stories. Retrieved October 04, 2017, from http://blog.instagram.com/post/166007640367/171003-polling-sticker