7 Kesilapan Perniagaan Oleh Pengasas Fashion Valet Yang Anda Patut Tahu

7 Kesilapan Perniagaan Oleh Pengasas Fashion Valet Yang Anda Patut Tahu

Fashion Valet (FV) merupakan antara laman e-commerce untuk fesyen yang paling dikenali oleh rata-rata rakyat Malaysia.

Lebih mengagumkan, pengasas bersama laman ini – pasangan suami isteri – Vivy Yusof & Fadzarudin Anuar, berjaya membangunkan Fashion Valet dari sebuah blog ke sebuah jenama online terkemuka.

Pastinya banyak yang kita boleh pelajari dari mereka dan nasib kita semua memang agak baik kerana kedua-dua pengasas Fashion Valet tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam bidang perniagaan.

Kali ini, Ijual Community ingin berkongsi tip serta nasihat daripada Pengasas Bersama & CEO Fashion Valet, Fadzarudin Anuar (Fadza) mengenai kesilapan yang pernah beliau lakukan dalam membangunkan syarikat online mereka.

1. Jangan Jadi Berbeza, Hanya Kerana Rasa Perlu

Pada fasa permulaan FV, mereka cuba menjadi berbeza dan unik.

Jadi, apabila memilih alamat domain yang bakal digunakan untuk laman web FV, mereka membuat keputusan untuk memilih FashionValet.net kerana mahu nampak unik dan bukannya .com seperti kebanyakan laman web.

Isu mula timbul apabila ramai bloggers atau artikel di laman web lain, yang meletakkan pautan ke .com dan bukannya .net. Selain itu, orang ramai yang melakukan carian juga menggunakan domain .com.

Akhirnya, apabila mereka mahu membeli domain FashionValet.com, pemilik domain meminta USD 50,000 sebagai bayaran. Hanya selepas proses negosiasi yang intensif, mereka berjaya menurunkan harga ke USD 9,000.

2. Jangan Buat Atau Beri Fokus Kepada Semua

Di peringkat permulaan, FV cuba mendominasi pasaran seluas yang mungkin.

Mereka meletakkan kategori yang banyak & pelbagai – walaupun dengan sumber wang, masa dan tenaga yang terhad. Lama-kelamaan mereka menyedari yang mereka tidak mempunyai fokus sebenar dan ia mula menjadi beban.

Jadi, mereka menyedari yang mereka perlu memberi tumpuan penuh kepada niche atau fokus pasaran yang kecil sahaja – dan mereka memilih untuk memberi fokus kepada pasaran fesyen wanita.

Sehingga kini, walaupun mereka mempunyai sumber yang lebih besar; Fadza masih berhati-hati dalam memilih kolaborasi atau aktiviti bisnes baru agar FV tidak hilang fokus.

3. Jangan Tiru Pesaing Anda Sembarangan

Selepas setahun dilancarkan, pesaing-pesaing baru dan sedia ada mula muncul dengan agresif sehingga trafik pelawat ke laman web FB juga mula jatuh.

Antara pesaing yang berjaya membuatkan mereka rasa tergugat ketika itu adalah Zalora.

Mereka menganalisa kekuatan Zalora dan mereka dapati, ia terletak pada kepelbagaian pilihan item jualan yang sangat banyak.

Jadi, FV mengambil keputusan untuk membawa masuk sebanyak mungkin jenama ke laman web mereka – walaupun jenama yang dalam kategori harga rendah – namun jualan mereka masih tidak melonjak.

daftar ijual

Keadaan ini berterusan sehingga pada suatu hari, mereka menerima panggilan telefon dari salah seorang pelanggan tetap FV. Pelanggan tersebut meluahkan rasa kesal yang beliau tidak lagi merasa seronok melayari laman web FV.

Ini yang membuatkan mereka sedar untuk berpegang teguh kepada prinsip dan matlamat asal & FV kembali menumpukan hanya kepada jenama premium.

4. Jangan Amal Pengurusan Mikro Sepenuhnya

Apabila bisnes FV berkembang, mereka mula mengambil lebih ramai ahli pasukan.

Mereka membawa masuk lebih kurang 45 ahli pasukan dalam masa 6 bulan dan mereka masih terus mencari bakat untuk dibawa masuk.

Fadza mula merasa beban dan halangan untuk menjadi produktif kerana setiap hari beliau menerima ratusan emel serta mesej meminta approval atau kebenaran bagi melakukan setiap projek untuk FV.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk hanya berkongsi mengenai visi serta matlamat FV dan memberi kepercayaan serta ruang untuk ahli pasukan membuat keputusan sendiri.

5. Jangan Risau Dengan Persepsi Ahli Pasukan

Menurut Fadza, “Tiada sesiapa yang akan mengajar anda cara mengambil pekerja dan memecat pekerja apabila baru mulakan bisnes. Jadi, bagaimana anda mahu menguruskan ahli pasukan?”

Apabila bisnes berkembang, peranan setiap ahli kumpulan juga akan berubah. Jadi jika anda sedang mengubah struktur syarikat, pasti akan ada ahli yang terkilan apabila ahli lain naik pangkat.

Walaupun begitu, menurut Fadza, tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada melalui proses ini kerana perstrukturan syarikat amat penting untuk maju ke hadapan.

6. Jangan Abaikan Pengurusan Kewangan

Pada permulaan FV, mereka sangat berhati-hati dengan cara perbelanjaan mereka serta pengurusan cashflow. Namun, apabila pulangan mereka bertambah — mereka menjadi lebih “ambitious”.

Mereka pernah mengambil terlalu ahli kumpulan dalam masa yang singkat.

Akhirnya, mereka terpaksa mengadakan sesi dialog untuk memberitahu bahawa FV tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kesemua ahli kumpulan ketika itu.

Nasib baik ketika itu, bukan sahaja ahli kumpulan tidak mengeluh bahkan berkongsi cadangan untuk memperbaiki situasi syarikat.

7. Jadi Lebih Strategik Dengan Pilihan Pemasaran Anda

Pernah terjadi di mana FV membelanjakan hampir 6 angka untuk pemasaran — dan tiada peningkatan pada jumlah jualan.

Mereka akhirnya menyedari bahawa mereka perlu menyusun strategi pemasaran mereka dengan lebih efektif; contohnya memilih medium pemasaran yang lebih sesuai.

Contohnya, untuk FV, iklan di TV dan papan iklan merupakan medium yang lebih berkesan berbanding online.

Fadza juga mencadangkan bahawa pemasaran utama perlu dilakukan secara berperingkat setiap tahun dan bukannya sama sepanjang tahun.

daftar ijual


Sumber:

1. Pang, V. (2016, September 27). M’sian Startup Fashion Valet Spills All On Their Mistakes, So You Can Learn From Them. Retrieved June 06, 2017, from https://vulcanpost.com/588874/fashion-valet-cofounder-fadzarudin-shares-mistakes-startup

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Comments are closed.