
Mahu Menjawab PM Di Facebook Page Anda Secara Automatik? Ini Caranya…
Jika anda mempunyai Facebook Page bisnes anda, pastinya anda pernah menghadapi salah satu (atau kedua-dua) isu di bawah:
- Anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melayan kesemua pesanan yang anda terima.
- Anda mendapat terlalu banyak pesanan dalam satu-satu masa.
Apakah solusi terbaik untuk menangani isu-isu di atas? Semestinya, “chatbot” untuk membantu anda menjawab PM di Facebook dengan efektif.
Chatbot merupakan sebuah fungsi pada laman web atau media sosial yang boleh berkomunikasi dengan pelawat secara interaktif.
Disebabkan kami di ijual juga memahami kepentingan pengurusan jualan yang cekap, kami juga ada menyediakan fungsi chatbot PERCUMA untuk anda pasang pada Facebook Page bisnes anda.
Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:
(Nota: Pastikan anda telah memuat-turun aplikasi ijual, mendaftar & mengesahkan akaun anda sebelum mengikuti langkah-langkah ini.)
1. Tetapkan Butiran Bisnes Anda Pada Aplikasi
Sebelum kita bermula, pastikan anda telah memuat naik produk, menetapkan kaedah penghantaran serta kaedah pembayaran melalui aplikasi ijual.
(Nota: Jika anda masih tidak tahu cara untuk melakukannya, sila rujuk di artikel ini.)
Setelah itu, melalui aplikasi ijual juga, tetapkan maklumat perniagaan anda. Ia boleh didapati pada laman tetapan.
Kemudian, masukkan butiran-butiran penting seperti nama perniagaan anda dan lain-lain seperti dalam borang yang disediakan.
2. Pergi Ke Portal Laman Web ijual
Apabila semua langkah-langkah di atas telah disempurnakan, buka browser/pelayar Internet anda dan pergi ke portal laman web ijual di www.ijual.my.
Log masuk menggunakan butiran yang sama semasa anda daftar/log masuk ke aplikasi ijual anda.
Setelah log masuk, tekan pada menu akaun anda, dan pergi laman tetapan akaun ijual.
3. Mula Mengaplikasikan Fungsi Chatbot
Setelah anda berada pada laman tetapan akaun, sila periksa butiran perniagaan yang telah anda masukkan pada aplikasi.
Kemudian, tekan pada paparan ijual bot untuk pelantar Facebook Messenger.
Kemudian, tekan pada butang Facebook Login untuk membawa anda log masuk ke akaun Facebook anda.
4. Aktifkan Chatbot Anda
Apabila anda sudah log masuk ke akaun Facebook anda, anda akan diminta kebenaran untuk membenarkan aplikasi ijual bot untuk menjawab PM anda di Facebook Page bisnes anda.
Setelah anda memberi kebenaran, anda akan dibawa semula ke laman tetapan akaun anda di portal laman web ijual. Tekan pada pilihan Facebook Page yang anda mahukan dan tekan butang hijau untuk mengaktifkannya.
Setelah ia aktif, anda perlu ke Facebook Page dan tekan “Settings” atau tetapan page anda.
Pada pilihan menu “Messenger Platform” pilih peranan aplikasi ijual bot sebagai pilihan utama untuk menjawab PM di Facebook Page anda.
5. Anda Kini Telah Memasang Chatbot Anda!
Kini, Facebook Page anda telah dilengkapi dengan chatbot anda sendiri yang disediakan secara percuma oleh ijual.
Untuk menukar butang CTA bagi memastikan pelanggan terus menghubungi anda melalui Messenger, pergi ke Facebook Page anda dan tekan butang biru pada atas laman Facebook Page anda.
Selepas itu, tekan pilihan “Get in Touch”.
Dan pilih “Send Message” untuk memastikan butang tersebut membawa pengunjung terus untuk menghubungi anda.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ijual melalui emel/panggilan telefon atau PM kami di laman Facebook kami.
Selamat mencuba!