Bagaimana Penjaja Ini Menaikkan Jualan Melalui Kegilaan Tema Makanan Di Instagram

Bagaimana Penjaja Ini Menaikkan Jualan Melalui Kegilaan Tema Makanan Di Instagram

Siapa yang tak suka susunan atau presentation makanan yang menarik? Lebih-lebih lagi jika ia disusun sehingga menjadi hasil seni yang boleh dimuat naik ke Instagram.

Kebanyakan presentation makanan menarik dan diminati oleh golongan ‘foodie’ di Instagram boleh didapati di restoran atau kafe yang boleh dikategorikan sebagai premium.

Namun, bagaimana jika seni ini diadaptasi oleh penjaja makanan “street food” tanpa memakan kos yang tinggi?

Ini apa yang dilakukan oleh saudara Melvin Chew kepada warung kecil “Jin Ji Teo Chew Braised Duck” milik ibunya.

Beliau memberi sentuhan baru kepada makanan tradisi tersebut supaya tampil menarik di mata golongan muda — baik dari segi presentation dan perubahan kecil pada resipi.

Contohnya, rupa asal nasi itik (salah sebuah menu utama di warung tersebut) adalah pada asalnya begini:

Kelihatan seperti mana-mana resipi nasi ayam/itik biasa.

Melvin bermula dengan menambah sedikit kelainan pada resipi nasi itik di warung ibunya.

Beliau tahu ketika itu populariti ramen (sejenis masakan mee Jepun) sedang meningkat naik. Jadi, beliau mengambil konsep “telur lava” daripada ramen untuk ditambah pada resipi nasi itik di warung beliau.

Populariti warung beliau berjaya ditingkatkan melalui perubahan kecil tersebut dan warung beliau mula menjadi sebutan warga tempatan.

Melvin kemudiannya tahu bahawa ia masih belum cukup jika beliau tidak mampu menarik perhatian golongan muda.

“Saya dapat idea untuk menjadikan rupa nasi itik ini supaya kelihatan cukup menarik untuk dipaparkan di Instagram. Saya tahu cara ini boleh menarik golongan muda. Resipi nasi itik tradisional lebih popular di kalangan orang yang berumur. Saya perlu lakukan sesuatu untuk mengubah persepsi tersebut.”

Maka, konsep nasi itik dalam bentuk bento dihasilkan dan hasilnya, ramai yang berkunjung ke warung tersebut kerana tertarik dengan keunikan rupa dan rasa nasi itik tersebut.

“Idea Menambah Baik Warung Ditentang”

Pada awalnya, ibu Melvin menentang mengenai cadangan Melvin untuk melakukan sedikit perubahan pada resipi dan rupa makanan di warung tersebut.

Ini kerana, mendiang bapa beliau bersama-sama ibu beliau telah berniaga di situ selama 34 tahun. Dan bagi ibunya, tiada apa-apa perlu diubah.

Namun, penjaja berumur 32 tahun itu tidak pernah mengalah untuk cuba meyakinkan ibu beliau.

Bagi beliau, jika sesebuah perniagaan tidak berani mengadaptasi perubahan zaman, ia bakal tenggelam — tidak kira berapa lama ia telah beroperasi.

Melvin melakukan sendiri perubahan pertama dan setelah melihat hasil yag memberangsangkan, ibunya akhirnya bersetuju untuk melakukan perubahan yang lain.

Hasilnya, warung penjaja itu penuh setiap hari dan jumlah jualan meningkat sebanyak 30%.

Selain dari makanan, mereka juga melakukan perubahan kecil dari segi papan tanda perniagaan. Melvin menggantikan papan tanda asal dengan sesuatu yang lebih kemas dan menukar menu menjadi bahasa Inggeris sepenuhnya.

Ini kerana beliau mahu pelancong juga tertarik dengan warung mereka.

Sebelum
Sekarang

Apa yang kita boleh belajar dari kejayaan Melvin adalah, kadangkala kita tidak perlu membelanjakan wang atau masa yang banyak untuk meningkatkan prestasi perniagaan.

Asalkan kita mempunyai pemikiran yang terbuka kepada perubahan dan tidak menunggu untuk bertindak, pasti kita dapat mencapai sesuatu.

daftar ijual


Sumber:

1. Chan, M. (2017, August 01). This 2nd-Gen Hawker Made ‘Uncle Food’ Duck Rice Instagrammable Again, Increased Sales By 30%. Retrieved August 16, 2017, from https://vulcanpost.com/616792/jin-ji-braised-duck-2nd-gen-hawker-reinvented-duck-rice/

2. P. (1970, January 01). PinkyPiggu. Retrieved August 16, 2017, from http://www.pinkypiggu.com/2015/01/jin-ji-teochew-braised-duck-kway-chap.html

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Comments are closed.