Sultan Johor Kini Antara Pemilik Rangkaian 7-Eleven Di Malaysia

Sultan Johor Kini Antara Pemilik Rangkaian 7-Eleven Di Malaysia

Penglibatan keluarga diraja dalam perniagaan bukanlah perkara yang asing. Cuma, ia biasanya tidak diwar-warkan kepada umum.

Namun baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mendapat liputan media kerana baginda telah menjadi antara pemilik bagi jenama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia; rangkaian kedai 7-Eleven.

Baginda Sultan Johor muncul sebagai pemegang saham individu ke-2 terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dengan kepentingan 8.44 peratus selepas mengambil alih 93.70 juta saham dalam rantaian kedai serbaneka itu sejak Julai 2017.

Yang menariknya, pemilikan terbesar masih dikekalkan oleh ahli perniagaan terkemuka di negara ini, Tan Sri Vincent Tan.

daftar ijual

Fakta Menarik Mengenai 7-Eleven Malaysia

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai 7-Eleven Malaysia:

 

  • Kedai 7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan ia masih wujud sehingga ke hari ini.

 

  • “Clear cup” untuk minuman Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan boleh membuat campuran Slurpee mereka sendiri.

 

  • Cawan bersaiz 8oz untuk Slurpee telah pertama kali dilancarkan pada 10 November 2008 untuk tempoh masa yang terhad.

 

  • 7-Eleven menggunakan beg plastik mesra alam sekitar.

 

  • Di Malaysia, Hari 7-Eleven disambut pada 7 November (7/11) dan bukannya 11 Julai seperti hari rasmi kedai serbaneka 7-Eleven di negara lain.

 


Sumber:

1. Sultan Johor pemegang saham individu ke-2 terbesar 7-Eleven. (n.d.). Retrieved August 10, 2017, from http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/08/sultan-johor-pemegang-saham-individu-ke-2-terbesar-7-eleven/

2. Online, T. S. (2017, August 08). Johor Sultan becomes 7-Eleven M’sia’s 2nd largest individual shareholder – Business News. Retrieved August 10, 2017, from http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/08/08/johor-sultan-becomes-7-eleven-malaysias-second-largest-individual-shareholder/

3. Always There For You. (n.d.). Retrieved August 10, 2017, from http://www.7eleven.com.my/all-about-7eleven

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Comments are closed.