Ini 4 Asas Untuk Bantu Anda Tentukan Harga Jualan Produk Anda

Ini 4 Asas Untuk Bantu Anda Tentukan Harga Jualan Produk Anda

Sebagai usahawan yang menjual produk, kita perlu membuat penentuan harga jualan produk yang munasabah.

Oleh kerana beberapa kali saya ditanya mengenai perkara ini, saya terpanggil nak kongsikan juga dengan anda tentang amalan terbaik untuk menetapkan harga jualan produk.

Kaedah terbaik adalah dengan mengambil kira 4 elemen di bawah:

1. COGS (Cost of Goods Sold)

Jika anda mengeluarkan atau menghasilkan produk anda sendiri, ini patut diambil kira.

Ini merupakan kos-kos yang dibelanjakan dalam mengeluarkan produk. Kos bahan mentah juga perlu dikira dalam kiraan ini

Bagaimana kalau anda menjual semula produk yang dibeli dari pembekal atau melakukan trading?

Maka CAPEX (Capital Expenditure) perlu diambil kira — iaitu kos yang dibelanjakan untuk anda membeli stok jualan terawal anda.

2. OPEX (Operation Expenditure)

Ini merupakan kos operasi keseluruhan untuk perniagaan anda seperti gaji dan lain-lain.

3. Commission

Ini merupakan peratus daripada harga yang akan digunakan sebagai komisen kepada ajen jualan atau memberi diskaun kepada mereka yang membeli secara pukal.

4. Margin

Ini adalah nisbah keuntungan dan perbelanjaan semula diambil kira.

Antara contoh perbelanjaan semula adalah seperti membeli stok baru atau penyelidikan (R&D).

ijual WhatsApp

Jadi, bagaimana cara kiraannya?

Katakan anda mempunyai 100 unit yang akan dihasilkan atau dijual.

Maka elemen 1 sehingga 4 dicampurkan sebelum dibahagikan dengan 100 bagi mendapatkan harga jualan produk yang ideal untuk setiap unit.

Faktor-Faktor Tambahan

Ada beberapa lagi faktor yang perlu anda fikirkan jika anda seorang pengeluar produk sendiri seperti:

 

  • Barang harga kawalan

 

  • Produk berasaskan IP (trademark, patent, copyright..)

 

  • Produk berasaskan kreatif & design

 

  • Rundingan & latihan (i.e: kadar coaching)

 

  • Produk inovasi

 

Jadi saya harap, melalui formula ringkas ini, sedikit-sebanyak data membantu anda dalam menentukan harga jualan produk anda.

Megat Zainurul Anuar merupakan seorang business coach dan corporate trainer di Skywiki Consulting.

Sebelum membuka syarikat konsultansi keusahawanan, beliau pernah terlibat di dalam pelbagai projek keusahawanan seperti mengetuai panel bagi Anugerah Inovasi MARA 2017, membimbing usahawan M-CORE: New Entrepreneurship Foundation (NEF) dan lain-lain.

Terdahulu, beliau merupakan seorang konsultant di Global IT Services Sdn Bhd.

Comments are closed.