4 Sebab Kenapa Perniagaan Anda Perlu Terima Pembayaran Online

4 Sebab Kenapa Perniagaan Anda Perlu Terima Pembayaran Online

Saya percaya, ramai yang tahu mengenai kelebihan konsep e-commerce atau penjualan secara online.

Apabila disebut mengenai perniagaan secara online di kalangan peniaga mikro, kecil & sederhana; saya percaya ramai yang sudah atau menyangka bahawa mereka telah mengadaptasi penjualan secara online.

Mengapa saya sebut “menyangka”?

Ini kerana apabila ditanya mengenai penjualan secara online kepada sesetengah peniaga, jawapan lazim yang saya akan terima adalah:

“Ya, kerana saya senaraikan atau iklankan produk/servis saya melalui Mudah, Facebook, Instagram atau WhatsApp.”

Tetapi, jika saya tambah soalan saya dengan bagaimana anda menerima bayaran — sebahagian besar akan menjawab yang mereka menggunakan kaedah seperti deposit wang ke mesin CDM, pindahan wang melalui perbankan online atau COD (Cash on Delivery).

Benarkah E-Commerce Atau E-Dagang Itu Memudahkan?

Okay, ini bukanlah perkara yang salah. Namun, ada sedikit pembetulan konsep yang boleh dilakukan di sini.

Platform-platform seperti Mudah dan media sosial adalah lebih tepat jika kita kategorikan sebagai “channel” atau saluran untuk mendapatkan jualan.

Namun, untuk benar-benar menikmati kelebihan dan kesenangan konsep e-commerce atau e-dagang, anda perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan hampir sebahagian besar proses penjualan dan pembelian menjadi automatik.

Antara langkah yang anda boleh ambil untuk mengautomatikkan proses penjualan serta pembelian adalah dengan membenarkan perniagaan anda menerima pembayaran online.

Kenapa Pembayaran Online?

Dalam artikel ini, saya ingin mengupas secara ringkas mengenai beberapa sebab kenapa perniagaan anda (walaupun melalui WhatsApp) perlu mengadaptasi pembayaran online:

1. Tiada Lagi Kekangan Masa Dalam Penerimaan Pelanggan

Antara kelebihan perniagaan online berbanding perniagaan nyata sepatutnya adalah pesanan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Jika anda masih mengamalkan kaedah pembayaran yang memerlukan arahan diberikan kepada pelanggan, apa akan terjadi jika ada pelanggan yang mahu membeli ketika anda sedang tidur atau sibuk?

Elakkan daripada kehilangan pelanggan.

Melalui sistem pembayaran online, pelanggan anda boleh membayar pada bila-bila masa dan anda hanya perlu memenuhi pesanan tersebut sewaktu anda sudah bangun atau mempunyai masa.

2. Merangsang Keputusan Bakal Pelanggan Untuk Membuat Pembelian

Statistik pada tahun 2017 menunjukkan bahawa 54% daripada pelanggan online lebih gemar membuat pembayaran online manakala 33% lebih gemar menggunakan kad debit/kredit berbanding COD (12%) dan deposit dahulu (1%).

Dengan memberikan pilihan pembayaran yang lebih banyak, anda boleh menggalakkan bakal pelanggan untuk membuat pembelian — lebih-lebih lagi jika kaedah pembayaran yang ditawarkan ‘kena’ dengan mereka.

3. Jejak Transaksi Dengan Lebih Efektif

Kebanyakan sistem pembayaran online menawarkan servis laporan dan dokumentasi untuk setiap transaksi.

Malah, ada juga yang memberi rumusan dalam bentuk carta grafik yang memudahkan.

Melalui cara ini, anda tidak perlu risau untuk menyemak kembali aliran tunai dan transaksi anda.

4. Statistik Pembelian Secara Online Semakin Meningkat

Banyak laporan-laporan yang menunjukkan bahawa pembelian secara online semakin meningkat pada saban hari.

Malah, pada tahun 2017, dilaporkan bahawa 7% daripada golongan pelanggan online membeli-belah pada setiap hari; 26% pada setiap 1 minggu; dan 54% pada setiap 1 bulan.

ijual WhatsApp

Jangan Takut Dengan Perubahan

Ingat, konsep e-commerce atau e-dagang itu sebenarnya mudah dan memudahkan.

Jadi, jangan hadkan prestasi perniagaan anda hanya disebabkan anda tidak mahir untuk memasang sistem pembayaran online atau anda risau mengenai kos yang dikenakan oleh sesetengah penyedia perkhidmatan ini.

Jika anda risau mengenai kedua-dua perkara di atas, saya sarankan anda menggunakan aplikasi atau platform-platform percuma seperti ijual untuk membantu anda.


Sumber:

1. Malaysia – eCommerce. (n.d.). Retrieved September 14, 2017, from https://www.export.gov/apex/article2?id=Malaysia-E-Commerce

2. Malaysians are online shopaholics. (n.d.). Retrieved September 15, 2017, from http://www.thesundaily.my/news/2151542

3. F., Yau, P. T., Chapree, C., Bass, T., Cheng, A., Lau, L., & Song, H. (2017, April 12). Statistics Reveal That Malaysians Are Spending More Than Ever On Online Stores. Retrieved September 15, 2017, from https://www.lowyat.net/2017/129143/statistics-reveal-malaysians-spending-ever-online-stores/

Seorang usahawan yang juga merupakan pengasas untuk beberapa startup serta laman web.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam memulakan syarikat startup dan strategi pemasaran online.

Comments are closed.