Toys ‘R’ Us Isytihar Bankrap – Apa Yang Anda Sebagai Peniaga Boleh Pelajari

Toys ‘R’ Us Isytihar Bankrap – Apa Yang Anda Sebagai Peniaga Boleh Pelajari

Pada beberapa minggu lepas, dunia perniagaan telah dikejutkan oleh berita mengenai gergasi penjualan mainan, Toys ‘R’ Us menfailkan perlindungan daripada status bankrap.

Ini kerana syarikat tersebut sedang bergelut untuk membayar hutang. Dek akibat menanggung kerugian dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Kejatuhan syarikat gergasi ini mungkin boleh disimpulkan dengan mudah.

Kenaikan kedai-kedai online serta platform e-commerce telah mengurangkan populariti penjualan secara retail (runcit) …

… Namun adakah itu sahaja pengajarannya? Atau kita sebenarnya boleh mempelajari lebih lagi dari kisah sebenar?

Pernah Mendahului Perlumbaan Online

Sebenarnya, Toys ‘R’ Us mempunyai peluang untuk menerajui penjualan mainan secara online pada awalnya. Tetapi separuh jalan, mereka mensia-siakan peluang tersebut.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Kisah menarik ini bermula dengan kenaikan mendadak Toys ‘R’ Us dalam penjualan online pada Disember 1999.

Sewaktu itu, mereka mendapat terlalu banyak pesanan sehingga tidak dapat memenuhi kesemua permintaan.

Malah mereka pernah mendapat saman sebanyak USD 380,000 daripada badan kerajaan AS disebabkan tidak mampu untuk menampung permintaan.

ijual WhatsApp

Jadi, mereka membuat keputusan untuk lebih serius dalam penjualan online.

Dalam masa 2 bulan sahaja, pada bulan Februari 2000, Toys ‘R’ Us mendapatkan pelaburan sebanyak USD 60 juta untuk mengembangkan penjualan online mereka.

Malah, mereka juga mengumumkan perjanjian untuk menjadi pembekal eksklusif untuk barang mainan ke platfrom e-commerce, Amazon.

Dalam masa setahun sahaja, mereka menjadi penjual mainan secara online nombor satu di dunia.

Langit Tidak Selalunya Cerah Dalam Bisnes

Tidak lama selepas itu, dunia bisnes berubah dari lebih mementingkan persaingan ke mementingkan kolaborasi.

Amazon memperkenalkan Amazon Marketplace di mana sesiapa sahaja boleh menjual apa sahaja di laman web tersebut — termasuk barang permainan.

Ini membenarkan peniaga lain untuk menjual mainan yang tidak dijual oleh Toys ‘R’ Us. Dan juga memberi lebih pilihan kepada pengguna.

Namun, CEO Toys ‘R’ Us, John Eyler pergi menemui CEO Amazon, Jeff Bezos untuk menghalang Amazon daripada menjual permainan dari syarikat atau peniaga lain.

Jeff Bezos mengatakan bahawa “semua orang perlu dibenarkan untuk menjual sesuatu” di Amazon — dan dengan memberikan lebih pilihan kepada pelanggan, semua orang win-win.

Beliau juga mengingatkan John Eyler bahawa jualan Toys ‘R’ Us meningkat naik di Amazon dan platform jualan online tersebut tidak melanggar sebarang perjanjian. Ini kerana Amazon memastikan kesemua penjual lain tidak menjual mainan yang sama dengan Toys ‘R’ Us.

Toys ‘R’ Us di Malaysia masih beroperasi seperti biasa.

Jeff Bezos mencadangkan syarikat permainan itu untuk meningkatkan jenis pilihan permainan yang dijual di Amazon. Malah, mereka akan diberikan hak eksklusif sekali lagi untuk barangan baru tersebut.

Tetapi, syarikat permainan itu bertindak untuk menyaman Amazon. Melalui keterangan beliau, John Eyler menyifatkan Amazon sebagai “organisasi yang tidak boleh dipercayai”.

Malah, Amazon juga dikenakan sekatan untuk menjual apa sahaja jenis produk permainan. Platform e-commerce tersebut bertindak balas dengan menfailkan saman ke atas Toys ‘R’ Us atas sebab kegagalan untuk menyempurnakan permintaan pelanggan.

Kes mahkamah itu berlanjutan sehingga 5 tahun, dan akhirnya Amazon membayar pampasan sebanyak USD 51 juta.

Setelah memenangi ‘perlawanan’ tersebut, Toys ‘R’ Us membawa barang mainan mereka keluar dan mula bersaing dengan Amazon (dan juga keseluruhan Internet) dengan memperkenalkan laman online mereka sendiri.

Malah, mereka juga mendapatkan dana sebanyak USD 6.6 billion setahun selepas kes mahkamah bermula, pada tahun 2005.

Menang Pergaduhan, Kalah Peperangan

Jualan Amazon meningkat dari USD 2.78 billion semasa perjanjian pertama dengan Toys ‘R’ Us sehingga ke USD 8.49 billion semasa disaman oleh syarikat yang sama.

Dan pada tahun lepas, jualan Amazon mencapai USD 136 billion (RM 576 billion)! Amazon merupakan syarikat paling pantas dalam sejarah untuk mencapai jumlah jualan melepasi USD 100 billion.

Manakala Toys ‘R’ Us memperoleh jumlah jualan global sebanyak USD 11 billion (RM 46 billion) pada tahun lepas — tiada peningkatan dalam tempoh 10 tahun.

Mereka juga menampung hutang sebanyak USD 5 billion (RM 21 billion) dan akhirnya pada minggu lepas (penghujung September 2017), Toys ‘R’ Us menfailkan status bankrap.

Apa yang sebenarnya membezakan kedua-dua syarikat ini?

Ia bukannya siapa yang berganjak masuk ke dunia online atau tidak semata-mata. Ia lebih kepada kesanggupan sesebuah perniagaan berubah untuk pelanggan.

Letakkan Pelanggan Paling Hadapan

Menurut Jeff Bezos, “Kami ada 3 prinsip idea yang telah kami amalkan selama 18 tahun, dan ini adalah rahsia kejayaan kami: Utamakan kehendak pelanggan. Cipta atau perkenalkan benda baru. Dan sabar menunggu.”

Bayangkan jika Toys ‘R’ Us mengamalkan falsafah “utamakan pelanggan” seperti Amazon?

Bayangkan daripada menjadi tamak dan bertindak ke atas syarikat lain, mereka bekerjasama dengan Amazon, bereksperimen dan cuba menawarkan sesuatu yang baru atau memudahkan pelanggan?

Kita kini hidup dalam zaman di mana peraturan bisnes telah berubah.

Ia bukan lagi mengenai Amazon, KFC atau peniaga kecil-kecilan online yang akan menang. Sebaliknya, pelanggan yang menentukan kemenangan.

Menyalahkan pelanggan atau persaingan bukan kaedah untuk menang.

ijual WhatsApp


Sumber:

1. Hamilton, R. J. (2017, September 21). How Not to Play the Game. Retrieved October 1, 2017, from https://web.facebook.com/rogerjameshamilton/posts/10159140822670411

2. Dean, S. (2017, September 19). Struggling Toys R Us files for bankruptcy protection . Retrieved October 03, 2017, from http://www.telegraph.co.uk/business/2017/09/19/struggling-toys-r-us-files-bankruptcy-protection/

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone!

To contribute your articles, drop us an email at: [email protected]

Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda!

Hantar artikel anda ke: [email protected]

Comments are closed.