WhatsApp Bakal Lancarkan Fungsi-Fungsi Khas Untuk Perniagaan

WhatsApp Bakal Lancarkan Fungsi-Fungsi Khas Untuk Perniagaan

WhatsApp merupakan antara aplikasi yang paling popular di dunia. Saban hari, anggaran 1 billion pengguna menggunakan aplikasi chat ini untuk pelbagai tujuan komunikasi.

Semenjak pengenalan aplikasi pada tahun 2010, ia telah mengubah cara manusia di serata dunia berkomunikasi di antara satu sama lain.

Kini, aplikasi WhatsApp telah menjadi lebih dari sekadar pengganti kepada sistem teks tradisional pada telefon bimbit — ia juga telah menjadi alat penting bagi perniagaan.

Di seluruh dunia, termasuk Malaysia, aplikasi ini digunakan secara meluas oleh para peniaga mikro, kecil & sederhana dalam urusan seharian.

Aktiviti-aktiviti seperti pertanyaan mengenai harga atau produk, membuat pesanan dan lain-lain telah menjadi lebih mudah & pantas melalui aplikasi ini.

ijual WhatsApp

WhatsApp Peka Kepada Keperluan Pengguna

Sebagai sebuah aplikasi komunikasi yang sangat mementingkan pengalaman penggunaan di kalangan pengguna mereka, pembangun aplikasi ini sedar mengenai kepentingan WhatsApp dalam urusan perniagaan.

Pengasas, Jan Koum (kiri) & Brian Acton (kanan).

Menurut keterangan rasmi daripada laman web syarikat pembangun aplikasi tersebut, mereka telah mengkaji beberapa isu yang dihadapi oleh hampir sejumlah besar peniaga serta pelanggan.

Contohnya, bagaimana mahu menguruskan ratusan mesej dengan lebih teratur atau bagaimana hendak membuktikan bahawa pesanan yang diterima merupakan pesanan yang betul dan bukan palsu.

Oleh itu, dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang, mereka (pembangun aplikasi) akan memperkenalkan fungsi-fungsi khas untuk perniagaan seperti lencana pengesahan perniagaan.

Jika anda berminat untuk menyumbangkan idea serta pendapat anda ke pihak WhatsApp, anda boleh isi borang survey di sini.

Fakta Menarik Mengenai WhatsApp

  • Pengasas aplikasi ini, Jan Koum sangat miskin sehingga terpaksa bergantung kepada kupon makanan daripada kerajaan. Kini, kekayaan beliau dianggarkan bernilai RM 41 billion.

 

  • Di meja pengasas aplikasi ini, terdapat sehelai nota bertulis “No Ads, No Games, No Bullsh*t”.

 

  • Sewaktu menandatangani perjanjian pembelian aplikasi ini oleh Facebook yang dianggarkan bernilai RM 80 billion, Jan Koum melakukannya di pusat kebajikan tempat beliau pernah mengutip kupon makanan.

 

  • WhatsApp tidak pernah membayar untuk pengiklanan atau pemasaran. Kesemua pengguna didapati melalui kaedah perkongsian serta buah mulut pengguna.

 

ijual WhatsApp


Sumber:

1. Building for People, and Now Businesses. (n.d.). Retrieved September 06, 2017, from https://blog.whatsapp.com/10000633/Building-for-People-and-Now-Businesses

2. How Wales’ richest man will make millions from Facebook’s £11 BILLION purchase of WhatsApp. (2014, February 20). Retrieved September 07, 2017, from http://www.dailymail.co.uk/news/article-2564047/How-Wales-richest-man-make-millions-Facebooks-11-BILLION-purchase-WhatsApp.html

3. Staff, E. (2014, February 20). 10 Cool Facts About WhatsApp Founder Jan Koum. Retrieved September 07, 2017, from https://nextshark.com/10-cool-facts-about-whatsapp-founder-jan-koum/

Sell anytime, anywhere — with just a link through your smartphone! To contribute your articles, drop us an email at: [email protected] Jual bila-bila masa, di mana sahaja — dengan hanya satu link melalui smartphone anda! Hantar artikel anda ke: [email protected]
Comments are closed.